SELEPAS tamat perlumbaan, pelumba Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararo mendakwa sering ditanya soalan sama, iaitu bilakah dia hendak memutuskan hal masa depan.
Di GP Austin lalu, Quartararo pernah mengeluarkan kenyataan ringkas yang beliau akan membuat keputusan tidak lama lagi, iaitu sebelum musim panas tahun ini. Tempoh itu sebenarnya agak panjang dan beliau ada masa secukupnya untuk menimbang tawaran lain dan memahami situasi Yamaha sebenar-benarnya.
BACA >>> Bastianini Juara GP Qatar, Marquez Menyerlah, Quartararo Semakin ke Belakang!
Dalam beberapa aksi perlumbaan awal MotoGP 2022, prestasi jentera YZR-M1 dikatakan mengganggu tidur Quartararo apabila meraih keputusan hambar dalam empat pusingan GP yang sudah berlangsung.
- Qatar: Sembilan
- Indonesia: Naib juara (cuaca hujan)
- Argentina: Lapan
- Amerika: Tujuh
Rekod pencapaian itu tidak menggambarkan laluan untuk bergelar juara dunia. Bagaimanapun, Quartararo masih menjadi pelumba Yamaha terbaik berbanding rakan pasukan MotoGP. Ini bermakna Yamaha memang memerlukan khidmat pelumba Perancis itu.
BACA >>> Quartararo Dapat Yamaha M1 Spec Baharu MotoGP 2022, Sedia Cabar Ducati?
Kontrak Yamaha dan Quartararo berakhir musim ini dan mungkin ada harapan dilanjutkan setahun lagi. Yamaha perlu memujuk Quartararo untuk kekal dengan meletakkan harapan pada aksi di Eropah untuk YZR-M1 kembali menyerlah di Portimao, Portugal dan Jerez, Sepanyol.
Namun, jika Quartararo memutuskan mencuba nasib dengan pasukan lain, manakah satu pasukan pilihannya? Apa yang pasti, bukan Ducati. Ini kerana di Borgo Panigale, mereka sudah memilih Francesco Bagnaia selain ada dua calon pilihan iaitu Jorge Martin dan Enea Bastianini.
KTM pula ada bajet melamar Quartararo, tetapi masih ketandusan jentera berpotensi menang. Aprilia diketahui semakin menyerlah tetapi masih belum capai tahap bergelar juara dunia. Apatah lagi disentuh soal bajet mendapatkan khidmat pelumba Perancis itu.
BACA >>> GP Argentina: Aleix Raih Kemenangan Pertama MotoGP, Termasuk untuk Aprilia
Honda ialah antara nama yang sering dikaitkan dengan Quartararo sejak berbulan lalu. Langkah itu mungkin tidak sesuai kerana ada Marc Marquez. Ini kerana jika dia memakai seragam HRC, dia memilih untuk sengaja masuk ke ‘rumah’ Marquez.
Sebagai pelumba utama, tiada sesiapa mahu jadi penunggang kedua hingga mewujudkan ketegangan dalam pasukan sama. Namun, ia juga boleh jadi idea yang menarik.
BACA >>> Bastianini Juara Lagi, Aksi Marquez Jadi Tumpuan di GP Amerika
BACA >>> Pakar: Gangguan Saraf Mata Marquez Tak Teruk
Pasukan seterusnya, Suzuki. Dengan jentera GSX-RR yang dikatakan mirip YZR-M1 (konfigurasi 4-silinder sebaris), tetapi masih ada kekurangan.
Kekurangan pertama, kelajuan maksimum yang juga menjadi faktor membuatkan Quartararo resah dengan Yamaha. Kekurangan kedua, yuran perpindahan. Kos mendapatkan pelumba Perancis itu bukan murah dan Suzuki pula masih berhati-hati membuat pelaburan.
Antara penyelesaian terbaik setakat ini adalah mendapatkan bantuan Monster, iaitu penaja pasukdan dan pelumba Yamaha. Cara ini memberikan situasi menang-menang. Apapun, semuanya bergantung kepada Quartararo sama ada bersedia meninggalkan kem Yamaha atau terus ‘bermain wayang’.
BACA >>> Quartararo: Semua Motor Honda Laju Belaka
BACA >>> Tentang Rossi: Quartararo, Vinales dan Crutchlow Beri Pandangan
SUMBER: GPOne
Leave a Reply