• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MPKS Beri Amaran akan Saman, Lelong Lembu Berkeliaran

MPKS Beri Amaran akan Saman, Lelong Lembu Berkeliaran

March 21, 2022 By Wahid Leave a Comment

990
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUDAH ada banyak kes kemalangan, termasuk melibatkan kematian membabitkan haiwan ternakan seperti lembu dan kambing. Bukan salah haiwan ternakan, tetapi pemiliknya yang membiarkan berkeliaran hingga memasuki laluan jalan raya awam.

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mengingatkan pemilik lembu di Kuala Selangor supaya tidak membiarkan haiwan ternakan mereka berkeliaran. Jika ditemui dalam keadaan tidak berjaga, pihak berkuasa boleh menangkap dan melelong haiwan sekiranya tidak dituntut dalam masa tujuh hari.

BACA >>> Kena Denda RM2,000 Sebab Pindah 21 Lembu Tanpa Izin

Pemilik haiwan ternakan juga boleh disaman RM500 sebagai yuran tangkapan, dan RM50 sehari sebagai yuran penjagaan.

Semua haiwan ditangkap akan ditempatkan di kawasan teduh sementara MPKS, dan pada masa sama, haiwan yang didapati berpenyakit akan dimatikan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Kenyataan itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Izham Hashim sebagai jawapan kepada Mohd Shaid Rosli (Pejuang-Jeram).

Terdahulu, Mohd Shaid mempersoalkan isu kes kemalangan membabitkan haiwan ternakan di Kuala Selangor, terutama waktu malam. Malah, sepanjang tahun lalu, pihak berkuasa sudah menangkap 17 lembu di Kuala Selangor.

Ada 82 penternak lembu di Selangor membabitkan lebih 4,000 haiwan. Selain itu, Izham juga menyatakan MPKS sudah menangkap 2,200 anjing liar sepanjang tahun lalu.

BACA >>> #TahukahAnda: Aneka Papan Tanda Haiwan Melintas Seluruh Dunia
BACA >>> Penghantar Makanan Nyaris Dikekah Harimau Besar Motor!

SUMBER: TheStar

Related

990
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kes Lembu Terbiar Kuala Selangor, Lembu Terbiar, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev