KEJAYAAN Enea Bastianini pada aksi pembukaan musim Kejuaraan Dunia MotoGP 2022 di Qatar, dua minggu lalu adalah kemenangan pertama buat pasukan Gresini Ducati dalam kelas premier.
Kali terakhir Gresin menjuarai perlumbaan kelas premier MotoGP adalah di Estoril, Portugal pada 2006. Ketika itu, pelumba Toni Elias mencipta kejutan dengan memintas Valentino Rossi dan Kenny Roberts Jr untuk muncul juara.
BACA >>> Bastianini Juara GP Qatar, Marquez Menyerlah, Quartararo Semakin ke Belakang!
Pusingan kedua MotoGP 2022 dijadualkan berlangsung di Litar Mandalika, Lombok, Indonesia, yang juga kali pertama GP Indonesia diadakan sejak 1997. Status litar yang baru diturap semula beberapa minggu lalu itu juga bakal menjadi ujian baharu buat semua pelumba.
Bastianini berkata;
Aku dah tak sabar nak pi Indonesia. Kami duk mai lepas menang hebat kat Qatar, tempat sama aku rangkul kemenangan pertama.”
“Depa tu (Indonesia) patutnya dah habis kerja turap trek dan aku pun tak tau apa yang dapat dijangka. Sampai tayar untuk ujian pun berbeza. Tapi kami tetap teruskan kerja macam biasa, cara sama.”
BACA >>> Isu Permukaan Trek Litar Mandalika Selesai, Tiada Masalah Tunggang Sepantas 330kmj
BACA >>> Lepas Kena Tegur, ITDC Segara Mulakan Kerja Turap Balik Litar Mandalika
BACA >>> #TahukahAnda: Ini 6 Fakta Menarik Tentang Sistem Brek Brembo MotoGP 2022
BACA >>> Ambil Tanah Buat Litar Mandalika, Penduduk Kecewa Hutang Belum Langsai
Leave a Reply