• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / China Jual Kereta Mini EV Murah Sangat, Pengeluar 'King' Di Jepun Semakin Bimbang

China Jual Kereta Mini EV Murah Sangat, Pengeluar 'King' Di Jepun Semakin Bimbang

March 14, 2022 By Shawkath Leave a Comment

570
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PRESIDEN Daihatsu Motor, Soichiro Okudaira mengakui bahawa kenderaan elektrik berharga rendah dari China membawa ancaman kepada pengeluar automotif Jepun.

Sebahagian besar pengeluar kenderaan Jepun mengambil masa lama untuk mengubah model kei car menggunakan trenkuasa petrol kepada versi elektrik dan ini memberi laluan mudah kepada firma-firma di China untuk menawarkan produk lebih mesra alam ke pasaran.

BACA >>> Inilah Perodua Myvi Paling Mahal di Dunia, Harga Bermula RM197k!
BACA >>> Perodua Aruz Paling Mahal Dunia Ada di Singapura, Harga RM286k!

Okudaira memberitahu portal Nikkei Asia bahawa syarikatnya komited untuk melakukan yang terbaik untuk bersaing dengan apa yang dihasilkan pengeluar di China.

Beliau berkata:

“Desain kereta konsep (China) bukan sekadar lanjutan apa yang sedia ada sebelum ini. Contohnya, bateri dan unit motor disejukkan menggunakan udara berbanding cecair.

“Mungkin ada banyak kelemahan seperti tidak sesuai dipandu laju untuk tempoh lama, bagaimanapun kos dapat direndahkan dengan mengehadkan operasi penggunaan mengikut persekitaran.

“Syarikat kami akan kembali ke asas pembuatan kenderaan dan memikirkan konsep EV baharu yang mampu milik. Kami harus bersaing berdasarkan faktor harga.”

Salah satu kereta kei car elektrik pertama Daihatsu akan diperkenalkan pada 2025 dan harga anggarannya ialah 1 juta yen (RM35,702) iaitu lebih mahal berbanding beberapa model kereta mini elektrik jenama China.

BACA >>> Wuling Nano EV - Kereta Elektrik Mikro Boleh Pandu 305km Sekali Cas, Harga Mula RM32k
BACA >>> Dongfeng Dedah Kereta Mini Elektrik Harga Motosikal

Meskipun lebih mahal berbanding produk China, Okudaira meluahkan rasa optimis iaitu ‘pasti ada permintaan’ untuk kei car kerana:

  • Ruang dalaman lebih luas
  • Ada ruang simpanan kargo
  • Menawarkan empat tempat duduk

Beliau juga mendedahkan Daihatsu sedang menimbang cadangan untuk memperkenalkan model Mira e:S versi elektrik dan Hijet elektrik untuk segmen komersial.

Malah Daihatsu juga menjadi kerjasama dengan beberapa pengeluar kenderaan untuk memperkenalkan siri varian elektrik dalam rangkaian produk dan akan cuba sebaiknya untuk mengawal kos bateri.

Beliau berkata:

“Daihatsu sedang meneroka pelbagai pilihan termasuk membeli bateri buatan China. Ini akan menelan pelaburan puluhan bilion yen atau lebih untuk menawarkan model EV baharu menjelang 2030.

“Jadi, kami bekerjasama dengan syarikat induk,Toyota Motor. Kami bersama Suzuki Motor juga menyertai satu usahasama pembangunan EV yang dimiliki Toyota dan Isuzu Motors. Dengan ini, kami secara bersama akan menghasilkan teknologi berkaitan.”

BACA >>> Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi Setuju Bangunkan EV dengan Identiti Berbeza
BACA >>> Ini Sebab Mengapa 9 Daripada 10 Pengguna Beli Kenderaan EV Di Norway
BACA >>> Terminal Pengecas Berprestasi Tinggi EV Ada Di Stesen Shell Tangkak

SUMBER: CarScoops

Related

570
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Daihatsu Japan, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4, Soichiro Okudaira

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev