Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tiga Pasukan Dijangka Cipta Kejutan dalam MotoGP 2022
Auto Terkini

Tiga Pasukan Dijangka Cipta Kejutan dalam MotoGP 2022

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/03/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MUSIM sejuk sudah berakhir yang menandakan musim Kejuaraan Dunia MotoGP 2022 akan bermula tidak lama lagi di kawasan gurun Qatar, hujung minggu ini.

Seperti musim terdahulu, aksi sulung akan bermula di GP Qatar dengan penyertaan 24 pelumba dan 12 pasukan untuk mencabar kejuaraan dunia yang disandang juara musim lalu, Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha).

BACA >>> Fabio Quartararo Sah Juara Dunia MotoGP 2021!

Setiap pasukan sudah melengkapkan latihan dan ujian pramusim selama enam hari di Litar Antarabangsa Sepang (Malaysia) dan Litar Antarabangsa Mandalika (Indonesia).

Bagaimanapun, catatan masa di Sepang dan Lombok tidak menggambarkan situasi sebesar yang bakal berlaku sepanjang kejuaraan kelak. Berikut ramalan mengenai potensi pelumba, dan pasukan popular yang dijangka melakukan kejutan musim ini.

SUZUKI

Suzuki dilihat sebagai salah satu pasukan tumpuan ramai menjelang aksi pembukaan GP Qatar. Selepas mencipta kejutan menjadi juara MotoGP 2020, Suzuki berdepan detik kemerosotan sepanjang musim 2021 apabila sukar bersaing dengan pencabar lawan seperti Yamaha, Ducati dan Honda di barisan depan.

Musim ini, pengeluar Jepun itu nampaknya mengambil pendekatan lebih agresif berbanding langkah konservatif tahun lalu. Khabarnya, jentera GSX-RR musim ini sudah dirombak dan dibangunkan semula dengan mengemas kini casis, penjagaan tayar dan meningkatkan kelajuan enjin.

Usaha menambah baik GSX-RR itu nampak berkesan berdasarkan komen dan pujian dilontarkan pelumbanya, Joan Mir dan Alex Rins pada ujian pramusim lalu. Jentera Suzuki juga meraih tempat tiga teratas selain Ducati dan Honda untuk aksi di Qatar.

Duo pelumba itu mengakui ada perubahan signifikan dari segi prestasi trenkuasa apabila Mir menunjukkan prestasi kelajuan yang konsisten. Tidak mustahil Suzuki akan memperbaharui kontrak pelumba Sepanyol itu untuk musim 2023. Bagaimanapun, rakan sepasukan, Rins berbeza nasib dan dia perlu membuktikan aksi lebih baik pada beberapa pusingan awal kempen tahun ini.

BACA >>> Quartararo: Semua Motor Honda Laju Belaka
BACA >>> Lepas Kena Tegur, ITDC Segara Mulakan Kerja Turap Balik Litar Mandalika

KTM FACTORY RACING

Situasi KTM masih jadi persoalan di Qatar, tetapi Miguel Oliveira dan Brad Binder mungkin mampu buat kejutan.

Pasukan pengilang itu dikatakan membuat perubahan besar apabila mendapati jentera RC16 kurang laju dalam ujian pramusim di Sepang. Bagaimanapun, segalanya berubah menjadi jauh lebih baik di Mandalika.

Musim lalu, pelumba KTM mengadu tentang masalah cengkaman tayar ketika memasuki selekoh yang banyak menjejaskan prestasi tunggangan pada awal pusingan perlumbaan.

Selain itu, prestasi KTM separuh musim 2021 juga terumbang-ambing disebabkan kecederaan belakang dialami Oliveira. Namun, tetapi juara GP tiga kali itu masih mampu membuktikan kemampuannya untuk bersaing di barisan depan. Binder pula mempamerkan prestasi tidak menentu, tetapi mampu bangkit hingga menduduki ranking enam teratas pada musim lalu.

Pasukan satelit, Tech3 Racing juga perlu diberikan tumpuan. Remy Gardner dan Raul Fernandez mungkin meneruskan persaingan sesama mereka untuk musim ini.

BACA >>> Takut Disambar Petronas SRT, Yamaha, KTM Bakal Hantar Fernandez ke Tech3 Musim Depan
BACA >>> Racing Boy (RCB) Taja Yamaha RNF MotoGP Team Tiga Musim, Mula Tahun Ini

APRILIA RACING

Jentera RS-GP menerima perubahan signifikan sejak 2021 dan pasukan Aprilia dijangka mampu mencipta kejutan pada musim ini. Malah pencabar MotoGP lain juga menyedari RS-GP sudah berubah selepas musim sejuk berakhir.

RS-GP mempamerkan keupayaan pengendalian lebih baik dengan potensi kelajuan di laluan lurus dengan mempertaruhkan barisan pelumba yang tidak boleh dipandang mudah, Aleix Espargaro dan Maverick Vinales.

Bagaimanapun dua pelumba bergelut mencatatkan masa terbaik dalam ujian pramusim, tetapi masih menampakkan perubahan lebih baik berbanding prestasi terdahulu.

BACA >>> Ambil Tanah Buat Litar Mandalika, Penduduk Kecewa Hutang Belum Langsai
BACA >>> WithU Yamaha RNF Team Tayang Jentera Lumba di Itali, Bakal Debut di Sepang
BACA >>> Marc Marquez dan RC213V-S Kembali Asah Trek!

SUMBER: VisorDown

2022 MotoGP Aleix Espargaro Alex Rins Brad Binder Fabio Quartararo Joan Mir KTM Factory Racing Maverick Viñales Miguel Oliveira MotoGP 2022 raul fernandez Remy Gardner
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LEPAS Tampil Strategi Jenama Berteraskan Komuniti Menjelang Pelancaran Malaysia

    17/03/2026
    Acara KLSCFM batal sempena Aidilfitri 2026
    Auto Terkini

    KL Car Free Morning (KLCFM) Batal 22, 29 Mac Ini Sempena Cuti Raya

    17/03/2026
    CAAM jadi badan berkanun bebas
    Auto Terkini

    MOT: Kenderaan De-Controlled, Pikap Bawa Barang Kini Ada Garis Panduan Baharu

    16/03/2026
    Auto Terkini

    24,135 Kes Langgar Had Laju Direkod Kamera AwAS di Kelantan

    16/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.