PASUKAN milik Valentino Rossi, Mooney VR46 Racing Team mempamerkan seragam jentera lumba yang bakal beraksi dalam kelas premier Kejuaraan Dunia MotoGP 2022.
Mooney VR46 Racing Team juga adalah pasukanialah terakhir memperkenalkan seragam sebelum GP Qatar bermula minggu depan di Litar Antarabangsa Losail, Qatar.
BACA >>> Aksi GP 2001 dengan Biaggi Jadi Detik Terhebat dalam Karier Rossi
VR46 Racing yang ditaja kumpulan perbankan Mooney melakukan debut kelas premier MotoGP selepas persaraan Rossi daripada kejuaraan lumba motosikal dunia itu.
Pasukan itu ditubuhkan Rossi yang terhasil daripada program pencarian bakat Akademi VR46. Terdahulu VR46 Racing melakukan debut dalam kelas Moto3 untuk mengetengahkan bakat pelumba warga Itali ke persada antarabangsa.
Pasukan itu kemudian menyertai kelas Moto2 pada 2017 dengan meraih kemenangan, khususnya 2018 menerusi pelumba taruhannya, Francesco Bagnaia.
MotoGP 2022 akan menyaksikan gandingan Luca Marini dan Marco Bezzecchi yang masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga keseluruhan pada musim 2020 dan 2021.
BACA >>> Marco Bezzecchi Langkah Ke MotoGP Musim Depan
Musim ini, Mooney VR46 Racing Team akan menggunakan jentera Ducati GP21 dengan seragam hitam-kuning. Rossi pula akan meneruskan terbabit dalam perlumbaan menerusi siri Cabaran Eropah GT Dunia. Tugas-tugas pengurusan diserahkan kepada pengarah pasukan Alessio ‘Uccio' Salucci dan pengurus pasukan, Pablo Nieto.
BACA >>> MotoGP Guna Minyak Sawit 2027?
Rossi berkata;
Tahun ini, buat kali pertama, kami masuk MotoGP. Ia macam melengkapkan satu bulatan, tapi juga menarik kerana boleh tempah satu lagi cerita menarik dalam MotoGP. Jentera lumba ini nampak cukup cantik dan kini tiba masa untuk kami faham pasal trek.”
Pasukan MotoGP baharu lain musim ini selain Mooney VR46 Racing Team ialah Gresini Racing. Terdahulu, VR46 Racing hampir menerima tajaan gergasi minyak Aramco bernilai €18 juta (RM84 juta). Bagaimanapun, hasrat itu gagal kerana Rossi tidak bersetuju dengan syarat dikenakan iaitu perlu menjadi pelumba pasukan sendiri.
Mooney VR46 Racing dalam kelas Moto2 akan diwakili Celestino Vietti dan Niccolo Antonelli. VR46 juga memiliki pasukan kedua kelas sama, iaitu Yamaha VR46 Master Camp Team dengan pelumba Manuel Gonzalez dan Keminth Kubo.
BACA >>> Marc Marquez dan RC213V-S Kembali Asah Trek!
BACA >>> Stoner Hidap Sindrom Letih Kronik, Punca Dia Tidak Lama dalam MotoGP
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Format Saringan Masa MotoGP yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> Ambil Tanah Buat Litar Mandalika, Penduduk Kecewa Hutang Belum Langsai
Leave a Reply