MERCEDES-Benz Malaysia (MBM) sebentar tadi melancarkan dua varian terbaharu Mercedes-Benz C 200 Avantgarde Line dan C 300 AMG Line ke pasaran tempatan.
Kedua-dua varian itu ialah model import (CBU) yang hadir dengan penambahbaikan bagi meningkatkan keseronokan pemanduan dan keselesaan. Model pemasangan tempatan (CKD) pula dijangka tiba separuh kedua tahun ini, selepas tamat insentif pengecualian cukai.
BACA >>> Kajian: 7 Sebab Kenapa Pasangan, Keluarga Kerap Bertengkar dalam Kereta
Berikut perincian Mercedes-Benz C 200 Avantgarde Line dan C 300 AMG Line:
HARGA
- C 200 Avantgarde Line - RM288,334
- C 300 AMG Line - RM330,681
* Harga jualan disyorkan untuk pendaftaran persendirian Semenanjung Malaysia, termasuk pengecualian cukai jualan, kecuali kos insurans.
WARNA
- Ada lapan pilihan warna ditawarkan, termasuk satu warna bukan metalik, Polar White (bukan metalik), Obsidian Black (hitam), Selenite Grey (kelabu), Cavansite Blue (biru), Graphite Grey (kelabu gelap), High-Tech Silver (perak), Spectral Blue (biru lembut) dan Manufaktur Hyacinth Red (merah).
TRENKUASA
C 200 Avantgarde Line
- Enjin petrol 4-silinder 1.5L (1,496cc) berkuasa 204hp @ 5,800 - 6,100rpm dan tork 300Nm @ 1,800 - 4,000rpm.
- Pecutan 0-100kmj sepantas 7.3 saat, dan kelajuan maksimum 246kmj.
C 300 AMG Line
- Enjin petrol 4-silinder 2.0L (1,999cc) berkuasa 258hp @ 5,800rpm dan tork 400Nm @ 2,000-3,200rpm.
- Pecutan 0-100kmj sepantas 6saat, kelajuan maksimum 250kmj.
- Kedua-dua varian menggunakan transmisi 9G-Tronic dan dibantu unit motor elektrik 15kW yang memberikan daya tork 200Nm. Kapasiti bateri 70Ah.
BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Mengesan Kereta Pernah Tenggelam Banjir?
REKABENTUK LUARAN
- Rekabentuk lebih dinamik dengan anjur (overhang) depan pendek, jarak roda dan overhang belakang panjang. Gaya model baharu juga tampak lebih mewah dan moden.
- Kedua-dua model dilengkapi lampu utama LED prestasi tinggi jenis dengan sistem suspensi rendah tanpa menjejaskan aspek keselesaan.
BACA >>> #RetroAuto: 10 Tahun Lalu Proton Pernah Jual Model Paling Mahal Bernilai RM115k
- Varian C200 menggunakan rim aloi 5 jejari 18 inci, manakala C300 hadir dengan rim AMG 19 inci.
- C300 juga menerima beberapa tambahan ciri seperti bumbung suria panoramik boleh buka, gril paten Mercedes-Benz dan pakej parkir dengan kamera pasang keliling 360º.
- Ciri bantuan keselamatan standard untuk kedua-dua varian terdiri daripada: Bantuan Jejak Lorong (LTA), Bantuan Kekal Lorong Aktif (ALKA), Bantuan Titik Buta (BSA), Bantuan Brek Aktif (ABA), kunci pintar dengan penghidup tanpa kunci (keyless) dan perlindungan kenderaan Urban Guard.
BACA >>> Mercedes-Benz Pamer Model Konsep SUV Elektrik EQG
KABIN
- Ruang kabin diserikan dengan unit infotainmen MBUX (Mercedes-Benz User Experience) dengan skrin sentuh 11.9 inci sebagai ciri standard dengan fungsi navigasi premium MBUX.
- Juga disediakan kluster instrumen LCD resolusi tinggi 12.3 inci jenis apung di depan stereng.
- Ventilator penyaman udara direka bulat seperti ekzos pesawat udara.
- Ciri kabin disediakan ialah pengecas telefon pintar wayarles dan pengimbas cap jari.
- Kemasan upholsteri menggunakan material kulit Artico dalam dua pilihan warna, hitam dan coklat-hitam.
BACA >>> #TahukahAnda: 6 Teknologi Keselamatan Kenderaan Paling Top Masa Kini
KESELAMATAN
Berikut ciri keselamatan ditawarkan kedua-dua varian:
- Pakej Jejak Lorong (LTP)
- Bantuan Titik Buta Aktif (ABSA)
- Bantuan Kekal Lorong Aktif (ALKA)
- Bantuan Brek Aktif (ABA)
- Kawalan Jelajah (Cruise Control)
- Perlindungan Kenderaan Urban Guard
- Pakej parkir dengan kamera 360º (C300)
- Pakej parkir dengan kamera undur (C200)
- Kamera 360º (C300)
- Kamera undur (C200)
- Bantuan Parkir Aktif (ABA) dengan Parktronic
- Sistem Panggilan Kecemasan Mercedes-Benz
- Perlindungan Pejalan Kaki
- Sistem Pemantau Tekanan Angin Tayar (TPMS)
- Sistem Penggera Anti-Kecurian
- Indikator Penggunaan Tali Keledar Belakang
- Pengelap Cermin dengan Sensor Hujan
BACA >>> #TahukahAnda: 7 Kelebihan Antena Sirip Yu yang Anda Perlu Tahu
BACA >>> Kajian: Penat Kerja Punca Banyak Kematian Jalan Raya Berbanding Memandu Bahaya?
BACA >>> DIY Pemegang Telefon Bimbit Buat Mereka yang Jimat Cermat (Kedekut)
Leave a Reply