• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda CB350RS Masuk Vietnam! Harga Anggaran RM36k

Honda CB350RS Masuk Vietnam! Harga Anggaran RM36k

February 22, 2022 By Shawkath Leave a Comment

276
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS hampir setahun dilancarkan di India, Honda CB350RS kini memasuki pasaran Vietnam menerusi pengimport persendirian di Binh Tan, Bandar Raya Ho Chi Minh.

Model yang digelar kembar H'ness CB350 itu (dijual di Vietnam sejak pertengahan 2021) pada harga sekitar 200 juta dong (RM36,720), manakala harga CB350RS dijangka lebih 200 juta dong (RM36,670).

BACA >>> Spesifikasi Honda CB350RS (2021): Lancar di India, Harga RM10.8k

Honda CB350RS Vietnam - 4
Honda CB350RS Vietnam - 0

Bagaimanapun, harga itu dijangka tidak kompetetif kerana pengguna Vietnam ditawarkan banyak pilihan lain pada harga lebih murah, seperti Honda Rebel 500, 180 juta dong (RM33,040) ataupun membawa pulang Kawasaki Vulcan S (yang lebih berkuasa) dengan membayar 239 juta dong (RM43,870).

Bagaimanapun, CB350RS dikatakan memiliki peminat tersendiri, terutama penggemar siri CB. Secara am, imej model roadster Honda itu mirip scrambler retro dengan sentuhan moden yang mampu menambat hati pembeli muda.

Berikut perincian CB350RS:

Honda CB350RS Vietnam - 5
Honda CB350RS Vietnam - 8
  • Menggunakan sistem lampu LED penuh dengan bentuk lampu utama bulat dalam dua kluster. Lampu signal belok jenis capang diposisikan lebih rendah di sisi lampu utama, dan hujung madgad belakang.
  • Lampu brek pula bentuk silinder, jenis LED.
  • Rim aloi 19 inci corak Y hitam, dibalut dibalut tayar 100/90 (depan), dan rim 17 inci dengan tayar 150/70 (belakang).

BACA >>> #ApaNakBuat: Cara Kira Baki Petrol dalam Tangki Selepas Lampu Minyak Berkelip

Honda CB350RS Vietnam - 11
Honda CB350RS Vietnam - 6
  • Sistem brek menggunakan cakera tunggal yang dipadankan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Pelana panjang menggunakan dua material, iaitu sued (baldu) untuk tempat duduk penunggangan, dan kulit biasa untuk pembonceng.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Jaga Pelana Motosikal Supaya Tidak Mudah Pecah, Merekah

Honda CB350RS Vietnam - 10
Honda CB350RS Vietnam - 9
  • Tinggi pelana 800mm. Tangki minyak, yang menyerlah gaya tersendiri CB350RS, mampu mengisi kapasiti 15 liter petrol.
  • Berat kasar kira-kira 180kg.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Risiko Jika Sengaja Lambatkan Tukar Minyak Enjin Motor?

Honda CB350RS Vietnam - 12
Honda CB350RS Vietnam - 13
Honda CB350RS Vietnam - 1
Honda CB350RS Vietnam - 2
  • Menggunakan kombinasi meter analog untuk spidometer dan skrin digital LCD kecil untuk paparan maklumat lain termasuk posisi gear.
  • Konsol bar hendal dilengkapi butang kawalan asas seperti suis kecemasan mematikan enjin, butang penghidup enjin, lampu pintas kenderaan dan lampu amaran.

BACA >>> Masalah Suis Lampu: Honda Jepun Panggil Balik 20,967 Unit Motosikal Termasuk CBR250RR

  • Trenkuasa jenis 4-lejang silinder tunggal 348.36cc penyejukan udara berkuasa 21hp @ 5,500rpm dan tork 30Nm @ 3,000rpm, manakala kotak gear klac manual 5-kelajuan.

SUMBER: Zingnews

Related

276
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda, Honda CB Series, Honda CB350RS (2021), Honda Scrambler, Honda Vietnam, roadster, roda2, scrambler

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev