• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #Perbandingan: Honda Vario 160 vs Yamaha NVX 155, Mana Satu Lebih Berkuasa?

#Perbandingan: Honda Vario 160 vs Yamaha NVX 155, Mana Satu Lebih Berkuasa?

February 15, 2022 By Shawkath Leave a Comment

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Vario 160 (2022) dikatakan memiliki prestasi enjin setanding kehebatan Yamaha NVX 155. Bagaimanapun, berat badan ringan memberikan kelebihan buat Vario, terutama aspek pengendalian yang lebih tangkas.

Sejak kemunculan Vario 160 (2022), segmen skuter sport 150 hingga 160cc kembali sengit dalam mencabar dominasi NVX 155. Vario baharu dikatakan mampu mencabar skuter taruhan Yamaha itu jika membandingkan aspek spesifikasi.

BACA >>> Honda Vario 160 (2022) Lancar di Indonesia, Harga Mula RM7.5k!

honda-vario-160-indo-2022
yamahanvx2020

Sebelum ini, Vario 150 dikatakan masih tidak setanding NVX 155 dari segi saiz dan prestasi. Namun, pengenalan Vario generasi baharu dengan enjin dinaik taraf meletakkan model itu sebaris skuter perdana prestasi tinggi dengan tambahan enjin lebih bertenaga.

BACA >>> Ambil Tanah Buat Litar Mandalika, Penduduk Kecewa Hutang Belum Langsai

Mari kita ringkaskan kelebihan Vario 160 (2022) dan NVX 155:

TRENKUASA

honda-vario-160-indo-2022
yamahanvx2020
  • Vario 160 mampu menghasilkan prestasi setanding  NVX 155 menerusi penggunaan blok enjin 4-lejang 4-injap eSP+ silinder tunggal 156.9cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI).
  • Memiliki gerek 60mm dengan lejang 55.5mm, manakala nisbah mampatan tinggi 12:1.
  • Menghasilkan kuasa 15.2hp @ 8,500rpm dan tork 13.8Nm @ 7,000rpm, kuasa meningkat 2.2hp dan tork bertambah 0.4Nm berbanding Vario 150.
  • NVX 155 dijana trenkuasa BlueCore 4-lejang 4-injap silinder tunggal 155.1cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) dan injap variabel VVA berkuasa 15.1hp @ 8,000rpm dan tork 13.9Nm @ 6,500rpm.
  • Kuasa dan tork masing-masing bertambah 0.4hp dan 0.1Nm berbanding model lama.

BACA >>> #Perbandingan: Honda Winner X (2022) Setanding Yamaha Exciter 155 VVA di Vietnam?

DATA KUASA-BERAT

  • Yamaha mendakwa NVX 155 (Aerox 155) ialah skuter dengan nisbah kuasa-berat terbaik dalam kelas skuter 150cc-160cc.
  • Bagaimanapun, Vario 160 (2022) mengubah kenyataan itu. Berat skuter Honda itu antara 115kg dan 117kg dengan enjin kapasiti besar memberikan nisbah kuasa-berat lebih baik. Berikut data perbandingan:
    • Vario 160 CBS - 0.1320hp setiap kg 
    • Vario 160 ABS - 0.1297hp setiap kg
  • NVX 155 pula memiliki berat 122kg-125kg dengan nibah kuasa-berat 0.1207-0.1236hp setiap kg.
  • Jadi, berdasarkan data, Vario 160 (2022) terbukti lebih berkuasa dan ringan berbanding NVX 155, sekali gus memberikan kelebihan dalam aspek ketangkasan.
  • Apapun, ini cuma perbandingan berasaskan fakta spesifikasi tanpa mengambil kira faktor lain seperti berat penunggang dan kemahiran menunggang.

BACA >>> #Perbandingan: Yamaha YZF-R15 Connected vs R15M (2022) Indonesia, Apa yang Berbeza?
BACA >>> Perbandingan: Perodua Myvi (2022) vs Proton Iriz, Mana Satu Pilihan Anda?
BACA >>> #Perbandingan: Yamaha Ego Gear vs Ego Solariz, Apa yang Berubah?

SUMBER: Zing

Related

2.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: honda vario 160, Perbandingan Honda Vario 160 vs Yamaha NVX 155, roda2, Skuter 155cc, Skuter 160cc, Yamaha NVX 155

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
    Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
  • Polis Tahan Dua Warga Asing Panjat Bumbung Kereta Bergerak di LDP
    Polis Tahan Dua Warga Asing Panjat Bumbung Kereta Bergerak di LDP
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev