APRILIA memperkenalkan skuter sport SR 160 (2022) di India yang diyakini mampu mencabar model dari Jepun dalam segmen sama pada harga bermula serendah 110,000 rupee (RM6,100).
Rekabentuk Aprilia SR 160 lebih ramping dan sporty berbanding rangkaian skuter yang pernah ditawarkan pengeluar motosikal dari Itali itu. Berikut perincian skuter tersebut:
BACA >>> Honda Vario 160 (2022) Lancar di Indonesia, Harga Mula RM7.5k!
- Ada tiga varian SR 160 (2022) ditawarkan untuk pelanggan India, iaitu:
- SR 160 STD - 109,125 rupee (RM6,060)
- SR 160 Carbon - 113,000 rupee (RM6,270)
- SR 160 Racing - 116,000 rupee (RM6,430)
- Lampu utama LED berbentuk abjad V dengan lampu siang (DRL) pada panel depan. Lampu belakang LED corak X.
- Lampu signal diposisikan pada panel kepala skuter.
- Fairing depan dan madgad lebih tajam dengan pelekat badan gaya sporty.
- Panel meter digital penuh menggantikan jenis analog.
- Dilengkapkan ciri konektiviti seperti Yamaha NMAX yang membolehkan penunggang menyambungkan telefon pintar dengan skuter secara wayarles menerusi Bluetooth.
- Sistem brek dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) sebagai ciri standard. Roda depan menggunakan brek cakera 220mm, manakala belakang jenis brek dram 140mm.
- Trenkuasa lama, iaitu 4-lejang 3-injap silinder tunggal 160cc SOHC penyejukan udara berkuasa 10.8hp dan tork 11.6Nm.
- Fork teleskopik di depan dan sistem monoshock di belakang.
- Berat skuter 122kg, kapasiti tangki minyak 6 liter, dan tinggi pelana 775mm.
- Rim 14 inci dibalut tayar 120/70 untuk roda depan dan belakang.
BACA >>> Aprilia Racing Dedah Jentera RS-GP (2022), Tidak Lagi Bersama Gresini
BACA >>> Kajian: Kenapa Ramai Pemandu Tak Guna Signal Belok?
BACA >>> Cerita Kenapa Perodua Tak Dapat Siapkan 70k Unit Tempahan Kereta Tahun Lalu
BACA >>> #RetroAuto: Siapakah Manusia Pertama Dunia Cipta Aksi Wheelie?
SUMBER: WarungSep
Leave a Reply