• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Gaduh Tarik Kereta di Georgetown, 4 Individu Didenda RM3k

Gaduh Tarik Kereta di Georgetown, 4 Individu Didenda RM3k

February 10, 2022 By Farah Leave a Comment

163
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MAHKAMAH Majistret Georgetown hari ini menjatuhkan hukuman denda RM3,000 terhadap empat penarik kereta yang terlibat dalam insiden pergaduhan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu pada 26 Januari lalu.

Hukuman dijatuhkan Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab selepas tertuduh, Tan Cheng Hooi, 50; Khoo Boo Aik, 47; Lee Soon Aun, 36, dan Y A Dharanidharan, 30, mengaku bersalah terhadap pertuduhan dibaca. Jika gagal membayar denda, tertuduh boleh dipenjarakan tiga bulan. Namun, semua tertuduh bersetuju membayar denda tersebut.

BACA>>> Video Geng Tarik Kereta Bergaduh Berebut Nak Tarik Kereta

Dalam kertas pertuduhan, semua tertuduh didakwa terbabit dalam rusuhan dan sengaja merusuh menggunakan helmet, rantai besi dan mangga sebagai senjata di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu menghala ke pusat bandar Georgetown pada jam 2.13 petang, 26 Januari lalu.

Jika disabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara hingga lima tahun dan denda atau kedua-dua sekali di bawah 148 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, empat lagi penarik kereta didakwa atas kesalahan sama tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan. Sebutan kes akan dibacakan pasa 11 Mac nanti.

Tertuduh ialah N Lekkeswaran, 27, S Surendren, 27; Muhammad Zaffar Megat Zabil, 22, dan Muhammad Faiez Ahmad, 21, yang diwakili peguam Malkit Kaw dan Dilsimran Kaur. Keempat-empat tertuduh dibenarkan ikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin.

Terdahulu, tular klip video aksi sekumpulan penarik kereta bergaduh berikutan salah faham mengenai urusan menarik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah lori mozek.

Anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut yang berada di lokasi kejadian cuba meleraikan pergaduhan, tetapi gagal hingga terpaksa mendapatkan bantuan anggota polis cawangan kereta peronda (MPV) dan unit rondaan bermotosikal (URB).

BACA>>> Polis Tahan Pemandu Gen2 Naik Angin Rampas Beg Tangan
BACA >>> Trik Baru Geng Tarik Kereta, Tawar Trak Tunda Sambil Curi Barang

SUMBER: HarianMetro

Related

163
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bergaduh Tarik Kereta, Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Penarik kereta, penarik kereta kena denda, Video Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Cabaran pandu uji media Proton e.MAS 5 dari COE ke Genting HIghlands

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my