• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Video Geng Tarik Kereta Bergaduh Berebut Nak Tarik Kereta

Video Geng Tarik Kereta Bergaduh Berebut Nak Tarik Kereta

January 27, 2022 By Farah Leave a Comment

799
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TULAR di media sosial rakaman aksi sekumpulan lelaki bergaduh di kawasan kemalangan atas Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Pulau Pinang, semalam.

Berdasarkan maklumat diterima mengenai video itu, kemalangan membabitkan lori mozek yang muatannya bertaburan atas jalan hingga menyebabkan kesesakan trafik.

Namun, sekumpulan penarik kereta dilihat bergaduh hingga sanggup menendang dan membaling helmet ke arah seorang lelaki. Turut kelihatan polis trafik di tempat kemalangan.

Polis kemudian mengesahkan insiden membabitkan sebuah lori membawa muatan mozek dan dua kenderaan lain di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, kira-kira jam 2 petang. Hasil siasatan mendapati pergaduhan membabitkan sekumpulan penarik kereta (lebih kurang 20 orang) berikutan salah faham mengenai urusan menarik kenderaan yang terbabit dalam kemalangan berkenaan.

Anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di lokasi kejadian cuba meleraikan pergaduhan, tetapi gagal hingga terpaksa mendapatkan bantuan anggota polis cawangan kereta peronda (MPV) dan unit rondaan bermotosikal (URB).

Apabila anggota MPV dan URB tiba di lokasi kejadian, semua individu tersebut sudah melarikan diri. Bagaimanapun, polis setakat ini dapat menahan lima lelaki warga tempatan berusia antara 26 dan 50 tahun sekitar Georgetown, semalam. Polis juga merampas senjata digunakan dalam pergaduhan itu, iaitu helmet dan lok motosikal (fork lock).

BACA>>> Pemandu e-Hailing Ditikam Hingga Seluar Terlondeh, Disamun Pelanggan?
BACA>>> Video Penunggang Motosikal Nyaris Digilis Lori, Mujur Cepat Lari Selamatkan Diri

SUMBER: PenangKini

Related

799
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: gaduh atas lebuh raya, lori kemalangan, pergaduhan lori mozek, Video Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Litar Antarabangsa Sepang (SIC): Lokasi Terbaik untuk Hari Trek, Acara Korporat, dan Pelancaran Automotif
    Litar Antarabangsa Sepang (SIC): Lokasi Terbaik untuk Hari Trek, Acara Korporat, dan Pelancaran Automotif
  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Pembinaan LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang Bermula Secara Rasmi
    Pembinaan LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang Bermula Secara Rasmi

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev