• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Tahan Pemandu Gen2 Naik Angin Rampas Beg Tangan

Polis Tahan Pemandu Gen2 Naik Angin Rampas Beg Tangan

November 29, 2021 By Wahid Leave a Comment

3.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menahan pemandu lelaki yang merampas beg tangan seorang pemandu wanita selepas kenderaan kedua-duanya terbabit kemalangan jalan raya di Lebuhraya Persekutuan, Shah Alam, kelmarin.

Suspek ditahan untuk membantu siasatan selepas membuat laporan mengenai kemalangan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

BACA >>> #SembangDeras: Apa Boleh Kita Belajar daripada Kes Van Putih Langgar Budak Sekolah?

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2021/11/rampas-beg-bg.mp4

Insiden itu tular di media sosial sejak Sabtu lalu, dilaporkan berlaku di Kilometer 14.6 Lebuhraya Persekutuan melibatkan tiga jenis kenderaan dari arah Klang ke Kuala Lumpur. Dalam kemalangan itu, kereta BMW dipandu seorang wanita terlanggar pemandu Proton Gen2 di depannya yang menyebabkan dia terlanggar pula sebuah lagi kereta di depannya.

Kemalangan tersebut membuatkan pemandu Gen2 itu, seorang lelaki berang dan berkeras meminta kad pengenalan pemandu BMW itu dan meminta mengikutnya ke balai polis terdekat untuk membuat laporan.

Keengganan menyerahkan kad pengenalan membuatkan lelaki itu bertindak di luar batasan dengan bertindak membuka pintu kereta dan merampas beg tangan pemandu wanita berkenaan serta meletakkannya dalam kereta sendiri (Gen2).

PDRM kemundian menahan lelaki tersebut apabila suspek tampil membuat laporan di IPD Shah Alam.

Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 323 atau/dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan. Seksyen 323 KK atas kelakuan yang 'sengaja menyebabkan cedera', dan Seksyen 379 atas 'kesalahan mencuri'.

Berdasarkan undang-undang, tiada sesiapa yang berhak meminta kad pengenalan daripada sesiapa, kecuali polis. Jadi jika malang tidak berbau dan terlibat dalam kemalangan, anda dinasihati mencatatkan nombor pendaftaran kenderaan, lokasi kemalangan dan laporkan saja di balai polis.

Nak tahu lagi ilmu pasal kemalangan? Sila baca pautan di bawah:

BACA >>> #ApaNakBuat: Kena Langgar Belakang di Lorong Kecemasan, Adakah Boleh Tuntut Ganti Rugi, Saman?
BACA >>> #ApaNakBuat: Mak, Kereta Saya Kena Langgar Belakang!

Related

3.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, BMW, kemalangan, lebuhraya persekutuan, Proton Gen2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my