• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / e-Skuter Yamaha EMF (2022) Diperkenal di Taiwan dengan Bateri Boleh Ganti

e-Skuter Yamaha EMF (2022) Diperkenal di Taiwan dengan Bateri Boleh Ganti

January 26, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

226
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENANGAN kenderaan elektrik (EV) semakin hebat apabila satu-persatu pengeluar memperkenalkan siri atau famili EV masing-masing. Perkembangan EV bukan bertumpu kepada kenderaan empat roda saja, tetapi turut melibatkan pengeluar motosikal.

Contohnya, Yamaha Motor memaklumkan bakal melancarkan skuter elektrik (e-skuter) EMF di Taiwan pada Mac ini. Itu bukan model elektrik pertama kerana Yamaha sebelum ini sudah memperkenalkan skuter elektrik dengan bateri boleh tukat, hasil kerjasama Gogoro Inc dari Taiwan.

BACA >>> Gogoro-Yamaha Bakal Lancar Skuter Elektrik, EC-05 dengan Bateri Boleh Tanggal

EC-05 dilancarkan di Taiwan pada 2019 dan menjadi model OEM yang direka Yamaha Motor berasaskan platform buatan Gogoro.

Kini, Yamaha Motor R&D Taiwan menghasilkan casis EMF daripada Gogoro Design Kit yang akan dipasarkan subsidiari Yamaha itu. Rekabentuk EMF tampil unik dan ringkas serta berbeza daripada motosikal elektrik lain di pasaran.

yamaha-emf-2022-taiwan-6
yamaha-emf-2022-taiwan-4

EMF menggunakan roda kecil yang mampu memberikan pecutan tangkas. Berbeza kereta yang memerlukan pusat pengecasan, pengeluar e-skuter menumpukan kepada ciri bateri boleh tukar. Ini bermakna penunggang tidak perlu menunggu lama untuk bateri dicas kerana apabila tiba di stesen, ia akan terus diganti dengan bateri sedia ada.

BACA >>> Yamaha Taiwan Lancar Force 2.0 155 VVA, Harga Promosi RM14.7k!

Bagi EMF, pengguna boleh menggunakan stesen GoStation® yang disediakan di lebih 1,200 lokasi sekitar Taiwan. Yamaha bukan baharu dalam e-skuter kerana pengeluar itu sebelum ini pernah memperkenalkan Passol (2002), EC-02 (2005), EC-03 (2010) E-Vino (2014) dan EC-05 (2019).

Bagaimanapun, Yamaha belum memperincikan maklumat teknikal EMF. Sebagai rujukan, EC-05 menawarkan kuasa 8.6hp dan mampu memecut 0-50kmj sepantas 3.9 saat, manakala kelajuan maksimum 90kmj dan boleh dihadkan kepada 45kmj. Cas penuh mengambil masa 2.5 jam sahaja dan boleh ditunggang sejauh 110km.

BACA >>> Skuter EV Yamaha EC-05 Menang Anugerah Rekabentuk Jerman 2020
BACA >>> Jepun Lancar Yamaha Cygnus Gryphus (2022), Enjin Kini Lebih Berkuasa, Harga RM13k!

Yamaha EMF
Yamaha EMF.01
Yamaha EMF.02
Yamaha EMF.03
Yamaha EMF.04
Yamaha EMF.05
Yamaha EMF.06
Yamaha EMF.07
Yamaha EMF.08
Yamaha EMF.09
Yamaha EMF.10
Yamaha EMF.11
Yamaha EMF.12
yamaha-emf-2022-taiwan-1
yamaha-emf-2022-taiwan-2
yamaha-emf-2022-taiwan-3
yamaha-emf-2022-taiwan-4
yamaha-emf-2022-taiwan-5
yamaha-emf-2022-taiwan-6
Yamaha EC-05
yamaha-ec-05-gma-2020-bg
yamaha-ec-05-bg
Yamaha EC-05.06
Yamaha EC-05.05
Yamaha EC-05.04
Yamaha EC-05.03
Yamaha EC-05.02
Yamaha EC-05.01
yamaha-ec-05-bg
Yamaha EC-05_10
Yamaha EC-05_9
Yamaha EC-05_8
Yamaha EC-05_7
Yamaha EC-05_6
Yamaha EC-05_5
Yamaha EC-05_4
Yamaha EC-05_3
Yamaha EC-05_2

Related

226
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: e-Skuter, Gogoro, Ltd., roda2, skuter elektrik, Yamaha, Yamaha EC-05, Yamaha EMF, Yamaha Motor Co., Yamaha Motor Taiwan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev