Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Jepun Lancar Yamaha Cygnus Gryphus (2022), Enjin Kini Lebih Berkuasa, Harga RM13k!
Roda2

Jepun Lancar Yamaha Cygnus Gryphus (2022), Enjin Kini Lebih Berkuasa, Harga RM13k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/12/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


YAMAHA Jepun meluaskan siri skuter 125cc untuk pasaran negara itu menerusi pelancaran Cygnus Gryphus (2022) yang menawarkan prestasi lebih berkuasa berbanding siri lain dalam segmen sama.

Cygnus Gryphus (2021) adalah produk buatan Yamaha Motor Taiwan dan ditawarkan di Jepun pada harga jualan 357,500 yen (RM13,010).

Berikut perincian skuter kecil itu:

  • Rekaan mengambil konsep ‘Prestasi Sport Termaju’ yang dibangunkan daripada varian Cygnus X dengan menerima pembaharuan signifikan.
  • Menajdi varian pertama siri Cygnus menggunakan sistem penyejukan cecair berbanding varian lain yang masih bergantung kepada udara untuk menyejukkan enjin.

BACA >>> Yamaha Cygnus Gryphus World GP 60th Anniversary Edition Di Jepun, Harga Mula RM13k!

  • Dijana  trenkuasa 4-lejang 4-injap silinder tunggal 124cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) dan VVA BlueCore berserta ciri Smart Motor Generator (SMG).
  • Menawarkan kuasa 11.8hp @ 8,000rpm dan tork 11Nm @ 6,000rpm, lebih tinggi daripada Cygnus X (9.6hp @ 7,500rpm; 9.9Nm @ 6,000rpm).
  • Nisbah mampatan lebih tinggi 11.2:1 berbanding Cygnus X (10:1) yang menjanjikan kadar pembakaran lebih efisien.
  • Enjin juga lebih cekap penggunaan bahan api dengan tambahan kuasa 20 peratus berbanding Cygnus X.
  • Sistem VVA bertindak aktif apabila rev enjin mencecah 6,000rpm.
  • SMG pula terdiri daripada motor penghidup dan generator yang membantu enjin beroperasi lebih senyap dan kurang getaran.

BACA >>> #Perbandingan: Yamaha Ego Gear vs Ego Solariz, Apa yang Berubah?

  • Frem baharu membantu aspek imbangan skuter, meningkatkan kekuatan casis dan mengoptimumkan cagakan (mounting) enjin dan merendahkan pusat graviti.
  • Rim masih 12 inci, tetapi jarak roda lebih panjang 1,340mm (Cygnus X: 1,305mm), manakala jarak lega bumi lebih tinggi 125mm (Cygnus X: 115mm). Juga lebih berat 6kg daripada Cygnus X (119kg).
  • Sistem suspensi dipasangkan fork teleskopik 33mm di depan dan absober kembar (belakang).

BACA >>> Yamaha Brazil Lancar Skuter NMAX 160 Spider-Man Edition (2022), Harga RM12k!
BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Uji Cas Bateri Kereta Guna Alat Multimeter?
BACA >>> Kajian: Pekerja Syif Malam Berisiko Kemalangan 3 Kali Ganda Tinggi Berbanding Biasa

  • Menggunakan sistem brek cakera tunggal pada kedua-dua roda.
  • Lampu depan LED kembar, berbeza daripada Cygnus X, jenis lampu tunggal).
  • Panel meter digital penuh. Kapasiti ruang simpanan 28 liter yang siap tersedia port USB untuk mengecas peranti pintar.
  • Ditawarkan dalam empat pilihan warna: biru, kelabu, putih dan hitam.

SUMBER: Yamaha

Yamaha Cygnus Gryphus (2021) Yamaha Cygnus X t Yamaha Jepun Yamaha Motor Taiwan
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    18/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    18/06/2026
    Auto Terkini

    Ducati Desmo450 EDS Diperkenalkan, Motosikal Enduro Pertama Ducati

    10/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.