• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Skuter EV Yamaha EC-05 Menang Anugerah Rekabentuk Jerman 2020

Skuter EV Yamaha EC-05 Menang Anugerah Rekabentuk Jerman 2020

November 27, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


PADA Jun lalu, Yamaha (Jepun) dan Gogoro (Taiwan) dilaporkan menjalinkan kerjasama untuk menghasilkan skuter elektrik, dinamakan EC-05 yang mana rekabentuk mendapat sentuhan Yamaha, manakala pengeluaran dilakukan Gogoro.

Rekabentuk EC05 nampaknya bukan calang-calang apabila diiktiraf sebagai pemenang kategori Rekabentuk Produk Cemerlang dalam Anugerah Rekabentuk Jerman (GMA) 2020, yang juga anugerah berprestij di negara itu.

Pengiktirafan GMA itu adalah kali ketiga buat Yamaha Motor selepas kemenangan YZF-R1 (2017), dan XSR900 dan bot sport 242 Limited S (2018).

BACA >>> Gogoro-Yamaha Bakal Lancar Skuter Elektrik, EC-05 dengan Bateri Boleh Tanggal

EC-05 adalah skuter elektrik kelima dilancarkan Yamaha Motor selepas Passol (2002), EC-02 (2005), EC-03 (2010) dan E-Vino (2014).

Direka berasaskan falsafah pembangunan Yamaha, rekabentuk EC-05 menyatukan elemen penunggang dan motosikal sebagai skuter ringkas yang memiliki keunikan tersendiri. Garis karakter tinggi pada badan menonjolkan berat model yang ringan dan mudah dikendalikan.

Sebagai kenderaan elektrik, sangat penting skuter ini memiliki infrastruktur pengecasan terbaik. Jadi, untuk EC-05, pemiliknya boleh menggunakan lebih 1,200 stesen penukaran bateri GoStation di Taiwan yang disediakan Gogoro Energy Network.

Dari segi teknologi pula, EC-05 dilengkapkan motor elektrik berkapasiti 6,400 watt (8.6hp) dan mampu memecut 0-50kmj sepantas 3.9 saat, manakala kelajuan maksimum 90kmj dan boleh dihadkan kepada 45kmj untuk jalan raya Eropah. Isian cas penuh cuma mengambil masa 2.5 jam sahaja dan boleh dipandu sejauh 110km.

Di Taiwan, EC-05 dijual pada harga disyorkan NT$99,800 (RM13,650).

BACA >>> #TahukahAnda: Benarkah Cara Menunggang Pengaruhi Usia Palam Pencucuh?

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Anugerah, Anugerah Rekabentuk Jerman (GMA) 2020, auto terkini, German Design Award 2020, Gogoro, Ltd., skuter, skuter elektrik, Yamaha, Yamaha EC-05, Yamaha Motor Co., Yamaha-Gogoro

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
    Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
  • #ApaNakBuat: Mana Satu Jenis Servis Kereta Saya Kena Buat? Minor atau Major?
    #ApaNakBuat: Mana Satu Jenis Servis Kereta Saya Kena Buat? Minor atau Major?
  • #TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah
    #TahukahAnda: Apakah Itu Valve? Fahami Gerak Kerja dan Masalah

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my