PROTON mengumumkan Proton Edar dilantik menjadi pengimport, pengedar dan wakil jualan untuk kenderaan tenaga baharu (NEV) jenama smart untuk pasaran Malaysia dan Thailand.
Perkara itu dimuktamadkan selepas Proton menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) dengan smart Automobile Company (smart) untuk bekerjasama memperkenalkan NEV keluaran smart untuk pasaran ASEAN.
Proton Edar akan berperanan sebagai rangkaian jualan, menawarkan servis dan perkhidmatan selepas jualan untuk jenama smart.
BACA >>> Geely, Mercedes-Benz Setuju Bangunkan Kenderaan Elektrik Smart di China
BACA >>> #Spyshot: Proton Sibuk Uji Saga Facelift Terakhir dengan Enjin Lebih Kecil?
Pengerusi Proton, Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata:
“Proton akan mengambil langkah pertama dalam perlaksanaan strategi NEV kami. Perjanjian dengan smart membolehkan kami menimba pengalaman dalam penjualan, perkhidmatan dan pengecasan NEV serta membina kemahiran yang diperlukan untuk menguasai sektor yang sedang berkembang pesat.
“Ini merupakan peluang bermanfaat daripada pangkalan pelanggan smart dan membuka lebih banyak peluang untuk jenama Proton.”
MOA itu juga menetapkan anak syarikat milik penuh smart Automobile, smart Automobile (Nanning) Sales Co. Ltd, akan menggalas tugas sebagai pintu masuk jenama smart ke rantau ASEAN.
Majlis tandatangan MOA diadakan secara maya antara Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah dan Naib Presiden Kewangan smart Automobile, Ulf Nestler.
Turut menyaksikan detik bersejarah itu ialah Syed Faisal, Ketua Pegawai Eksekutif smart Automobiles, Tong Xiangbei dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong.
BACA >>> Saga Elektrik Buka Tempahan, Harga Mula RM167k!
BACA >>> Proton Jual 10,380 Kenderaan Sepanjang September 2021, Saga Paling Laris
BACA >>> Proton Saga (2021) Tular di Pakistan, Netizen Asing Puji Kehebatan Kereta Malaysia
Leave a Reply