YAMAHA Motor Europe mempamerkan replika YZF-R1 yang menggunakan seragam mirip jentera lumba YZR-M1 ditunggang Valentino Rossi ketika bersama pasukan Petronas Yamaha SRT.
Hanya 46 unit dihasilkan yang setiap satu berharga €46,000 (RM218,820) dan setiap unit mendapat beberapa komponen baharu supaya betul-betul mirip jentera MotoGP itu dengan status masih sebagai superbike jalanan.
BACA >>> Yamaha YZF-R1 Petronas SRT Edisi Terhad Lancar di Eropah, Harga RM226k
BACA >>> Rossi: Jentera MotoGP Moden Lebih Menguji Fizikal Berbanding Dahulu
Yamaha Austria Racing Team (YART) GYTR Pro Shop diberikan tugas mengubah suai dan merombak jentera R1 dengan dilengkapkan komponen seperti berikut:
- Fork depan Ohlins FGRT 2 dengan sistem monoshock TTX, dan damper stereng.
- Roda belakang menggunakan sistem quick-release
- Ada peg kaki boleh laras baharu
- Unit kawalan elektronik (ECU) R1
- Brek Brembo dan kaliper GP4-RX
- Tayar slik Michelin
Menariknya, satu daripada 46 unit replika itu akan dilelong secara atas talian menerusi platform Catawiki.
Unit dilelong itu ialah model bernombor 13 yang masih baharu, belum didaftarkan dan disimpan dalam bilik kawalan khas. Harga unit lelongan tersebut dijangka mampu meraih harga antara €66,000-€73,000 (RM313,930-RM347,240).
Siapa berminat?
SUMBER: Motorcyclesports
Leave a Reply