• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha YZF-R1 Petronas SRT Edisi Terhad Lancar di Eropah, Harga RM226k

Yamaha YZF-R1 Petronas SRT Edisi Terhad Lancar di Eropah, Harga RM226k

August 25, 2020 By Admin Leave a Comment

2.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA Europe dan Yamaha Austria Racing Team (YART) bekerjasama menghasilkan model replika YZF-R1 edisi Petronas SRT yang dikeluarkan 46 unit sahaja sempena meraikan kerjasama 46 tahun dengan Petronas sebagai penaja pasukan satelit MotoGP itu.

Model edisi terhad itu akan dijual pada harga €46,000 (RM226,470), tidak termasuk cukai nilai tambah (VAT) dan ditawarkan untuk pembeli di Eropah sahaja. Setiap model diberikan beberapa komponen prestasi untuk membantu pelumba beraksi mantap di litar.

YART ialah satu daripada tiga premis GYTR Pro Shops di Eropah yang menjual alat ganti prestasi 'Genuine Yamaha Technology Racing' kepada semua pelanggan daripada pelumba track day hingga pasukan Kejuaraan Dunia Superbike (WolrdSBK)

BACA >>> Pelumba Termuda Mula Petak Pertama MotoGP, Petronas Yamaha SRT Lakar Sejarah

 

Luaran superbike 4-silinder ini mendapat kit fairing gentian karbon, lengkap dengan winglet ilham MotoGP dan seragam khas yang dibekalkan syarikat asal yang menghasilkan jentera versi lumba. Tersembunyi di sebalik fairing ialah unit kawalan elektronik (ECU) yang beroperasi serentak dengan fungsi terotel pantas untuk menghasilkan pecutan terbaik.

Menyerlahkan lagi  potensi model ini ialah ekzos lumba penuh yang menghasilkan lontaran deruman lantang daripada enjin 4-sebaris aka crossplane.

Setiap jentera mendapat set fork Öhlins FGRT, monoshock TTX dan damper stereng baharu. Bagi memudahkan kerja menukar tayar di lorong pit, jentera ini dilengkapkan ciri buka pantas quick release untuk roda belakang. Setiap jentera menggunakan tayar lumba slik Michelin.

Sistem henti dipasangkan kaliper Brembo GP4-RX dengan cakera T-Drive, termasuk komponen lain seperti tuil klac dan pelaras brek depan. Set roda menggunakan rim aluminium Marchesini 7 jejari.

Pembeli bukan saja mendapat superbike siap lumba, tetapi turut diberikan helmet KYT, kemeja polo Petronas Yamaha dan peluang menjadi tetamu VIP pada pusingan MotoGP akan datang mengikut pilihan.

BACA >>> Vinales Dedahkan Kenapa Dia Lompat dari M1 Pada Kelajuan 220kmj

yamaha-r1-petronas-motogp-1
yamaha-r1-petronas-motogp-2
yamaha-r1-petronas-motogp-3
yamaha-r1-petronas-motogp-4
yamaha-r1-petronas-motogp-5

SUMBER: MCN

2.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: GYTR Pro Shops, Petronas Sepang Racing MotoGP, roda2, superbike, Yamaha, Yamaha Austria Racing Team (YART), Yamaha R1, Yamaha YZF-R1

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!

PROTON baru-baru menjemput media tempatan untuk sesi pandu uji khas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my