• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Replika Mirip YZR-M1 Rossi Bersama Petronas SRT Bakal Dilelong, Harga Dijangka RM347k!

Replika Mirip YZR-M1 Rossi Bersama Petronas SRT Bakal Dilelong, Harga Dijangka RM347k!

January 19, 2022 By Shawkath Leave a Comment

256
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA Motor Europe mempamerkan replika YZF-R1 yang menggunakan seragam mirip jentera lumba YZR-M1 ditunggang Valentino Rossi ketika bersama pasukan Petronas Yamaha SRT.

Hanya 46 unit dihasilkan yang setiap satu berharga €46,000 (RM218,820) dan setiap unit mendapat beberapa komponen baharu supaya betul-betul mirip jentera MotoGP itu dengan status masih sebagai superbike jalanan.

BACA >>> Yamaha YZF-R1 Petronas SRT Edisi Terhad Lancar di Eropah, Harga RM226k
BACA >>> Rossi: Jentera MotoGP Moden Lebih Menguji Fizikal Berbanding Dahulu

Yamaha Austria Racing Team (YART) GYTR Pro Shop diberikan tugas mengubah suai dan merombak jentera R1 dengan dilengkapkan komponen seperti berikut:

  • Fork depan Ohlins FGRT 2 dengan sistem monoshock TTX, dan damper stereng.
  • Roda belakang menggunakan sistem quick-release
  • Ada peg kaki boleh laras baharu
  • Unit kawalan elektronik (ECU) R1
  • Brek Brembo dan kaliper GP4-RX
  • Tayar slik Michelin

Menariknya, satu daripada 46 unit replika itu akan dilelong secara atas talian menerusi platform Catawiki.

Unit dilelong itu ialah model bernombor 13 yang masih baharu, belum didaftarkan dan disimpan dalam bilik kawalan khas. Harga unit lelongan tersebut dijangka mampu meraih harga antara €66,000-€73,000 (RM313,930-RM347,240).

Siapa berminat?

SUMBER: Motorcyclesports

Artikel Berkaitan

256
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Petronas Yamaha SRT, Replika Jentera Valentino Rossi, Replika YZR-M1 Rossi, roda2, Yamaha Austria Racing Team (YART) GYTR Pro Shop, Yamaha Motor Europe

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #Spyshot: Proton Sibuk Uji Saga Facelift Terakhir dengan Enjin Lebih Kecil?
    #Spyshot: Proton Sibuk Uji Saga Facelift Terakhir dengan Enjin Lebih Kecil?

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my