TOYOTA memang sibuk dengan memperkenalkan model baharu kebelakangan ini, dan dalam minggu sama turut melancarkan GRMN Yaris, GR GT3 Concept dan dua kenderaan pelbagai guna (MPV), Noah dan Voxy.
Terdahulu, Toyota memperkenalkan beberapa model elektrik masa depan. Noah dan Voxy dikenali pengguna tempatan kerana dibawa masuk pengimport bebas (AP) dengan menawarkan gaya ala Vellfire dan Alphard mini.
BACA >>> Siapa Cakap Bazir? Tukar Vellfire Dapat Jimat RM2.80!
Dua model itu diperkenalkan pada 13 Januari tahun ini sebagai produk generasi keempat dan dibina berasaskan platform Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA-C).
Noah dan Voxy (2022) baharu adalah kesinambungan model generasi pertama yang diperkenalkan pada 2001. Dua versi, Noah dan Voxy itu adalah perkara biasa untuk model domestik Jepun, sama seperti Alphard dan Velfire, atau model rebadge kepada jenama lain.
Biasanya, satu versi akan tampil ringkas, manakala satu lagi lebih agresif dan sporty. Jika kedua-duanya agresif, maka salah satu daripadanya akan dibikin lebih agresif.
Apa menarik tentang Noah dan Voxy (2022) baharu? Berikut lima ciri terpilih:
1. Rekabentuk Luaran
- Kekal berkotak dan digayakan dengan garisan badan bujur, dan menumpukan aspek memaksimumkan ruang dalaman.
Noah
- Asasnya, Noah tampil ringkas dengan perhatian kepada perincian dan gaya malar segar.
- Noah mempunyai dua rekabentuk depan berbeza, Noah Z ringkas, manakala Noah S-Z dan S-G membawakan ciri aerodinamik.
- Dua varian itu menggunakan gril dan bampar lebih agresif.
Voxy
- Tampil agresif dengan rekabentuk depan menyerlah.
- Lampu depan lebih tipis dan berbeza daripada Noah.
- Gril depan membawakan gaya tiga dimensi (3D).
- Lampu siang (DRL) dan belakang mengetengahkan gaya misteri.
2. Rekabentuk Dalaman
- Struktur badan dioptimumkan supaya pilar-C lebih tegak berbanding model terdahulu.
- Jarak antara pilar kanan dan kiri ialah 1,295mm atau 75mm lebih lebar daripada model dulu.
- Kombinasi ukuran tinggi 1,405mm memberikan suasana kabin luas.
- Ada ruang simpanan dalam lantai dengan kapasiti 104 liter untuk menyimpan barangan dan bagasi tinggi.
- Model 7-kerusi menggunakan kerusi kapten di tempat duduk baris kedua. Berbeza varian, ada ditawarkan fungsi Ottoman dan pemanas kerusi selain meja sisi boleh lipat.
- Kerusi di tempat duduk baris ketiga boleh digelungsur hingga 745mm.
- Model 8-kerusi boleh dilipat dalam konfigurasi 60:40.
- Pembeli ditawarkan pemijak sisi berkuasa dengan operasi karakuri (automasi tanpa elektrik, hidraulik dan lain-lain) apabila pintu dibuka-tutup.
- Juga ditawarkan sebagai opsyen (kecuali Noah X) ialah operasi buka-tutup pintu bebas tangan.
- Pintu kargo boleh dihentikan pada mana-mana sudut dengan operasi karakuri untuk manfaat ruang sempit.
3. Kemas Kini Perisian
- Perisian kenderaan boleh dikemas kini dengan versi terbaharu menerusi komunikasi wayarles atau sambungan kabel dilakukan pengedar.
- Kemas kini tersebut membolehkan MPV tersebut mempunyai fungsi baharu selepas dibeli, atau digunakan untuk meningkatkan prestasi.
4. Trenkuasa
2.0 liter Dynamic Force (M20A-FKS) dengan Direct Shift-CVT
- Memberikan penjimatan petrol 15.1km per liter mengikut standard kitaran kenderaan ringan sedunia (WLTC).
- Sistem transmisi Direct Shift-CVT 10-kelajuan jenis Sport Sequential Shiftmatic memberikan anjakan gear seakan manual.
- Model pacuan empat roda (4WD) dengan kawalan tujahan dinamik mengoptimumkan agihan daya tork kepada roda belakang berdasarkan kondisi kenderaan ketika mula bergerak atau dipandu atas jalan licin.
1.8 liter (2ZR-FXE) hibrid
- Penjimatan petrol 23.4km per liter mengikut standard WLTC.
- Menggunakan sistem E-Four dengan teknologi hibrid terkini.
- Motor dengan tambahan kuasa menambah julat operasi pacuan 4WD dengan mengagihkan lebih banyak daya tork pada roda belakang.
- Agihan daya tork pada roda depan dan belakang secara optimum meningkatkan kestabilan ketika melalui selekoh.
- Peningkatan daya tork pada roda belakang memberi ekstra keyakinan ketika mula mendaki dalam kondisi cuaca salji atau hujan.
5. Harga Mula 2.67 Juta Yen (RM97,220)
Noah
- Dibahagikan kepada varian X, G, Z, S-G, S-Z dan Welcab.
- Ada 7- dan 8-kerusi.
- Enjin 2.0L dan 1.8L hibrid dalam pacuan dua roda (2WD), 4WD dan E-Four (hibrid sahaja).
- Harga bermula 2,67,0000 yen (RM97,220) untuk varian Noah X 2.0L 2WD.
Voxy
- Dibahagikan kepada varian S-G, S-Z dan Welcab.
- Ada 7- dan 8-kerusi.
- Enjin 2.0L dan 1.8L hibrid dalam pacuan 2WD, 4WD dan E-Four (hibrid sahaja).
- Harga bermula 3,090,000 yen (RM112,510) untuk varian Voxy S-G 2.0L 2WD.
BACA >>> #BikinKereta: Toyota Tacoma Overlanding Concept dengan Pakej Lengkap untuk Kembara!
BACA >>> #BikinKereta: Toyota Tacozilla Tacoma Camper Sempena Tribut Kamper 70-80-an!
Abdul Hardy says
Test drive
Johan says
Ni Malaysia klau siap cukai semua harga mau 200k lebih. Recond 2016 harga mgkin 100k. Nak murah kena duduk jepun sana😂
Fatisha says
I want to test drive voxy
radzi nasir says
Ada jual di malaysia ke
Azhan O says
Boleh beli di kedai recond
Ai ai says
Voxy kalau lama punya model 2019 hybrid 1.8 city drive baru jimat tapi long distance rasa payau sikit sebab gearbox rasa mcm getah cvt transmission
Kalam says
What is the price for Voxy 2022 in RM
AO says
Pay double