• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Foto Toyota GR GT3 Concept Didedahkan, Kereta Lumba Misteri Tanpa Maklumat Teknikal

Foto Toyota GR GT3 Concept Didedahkan, Kereta Lumba Misteri Tanpa Maklumat Teknikal

January 31, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

50
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


UMUM mengetahui GR Supra ialah kereta sport Toyota yang berkongsi platform dan mekanikal dengan BMW Z4.

Namun, baru-baru ini Toyota GAZOO Racing (TGR) memperkenalkan model lumba misteri GR GT3 Concept. kerana berdasarkan foto dikongsi, ia tidak sama dengan GR Supra.

BACA >>> Toyota GR Yaris Tenang 'Cucuk' BMW M2 Competition di Nürburgring

Bonet model itu nampak panjang ke depan dengan rekaan lampu depan dan belakang berbeza daripada Supra. Sebagai model lumba, GT3 boleh digunakan dalam pelbagai perlumbaan serantau dan antarabangsa.

Apa menarik perhatian adalah idea Toyota yang mahu mengkomersialkan kereta lumba berbanding kereta jalanan yang dibikin untuk dilumbakan. TGR mahu menggunakan maklum balas dan teknologi daripada penglibatan dalam pelbagai aktiviti permotoran bagi membangunkan model lumba GT3 dan kereta pengeluaran massa.

Hasrat itu menambahkan lagi misteri dan perasaan ingin tahu peminat sedunia kerana kerja-kerja membangunkan kereta lumba dan sport tanpa menggunakan model pengeluaran sedia ada sebenarnya menelan belanja tinggi. Apatah lagi industri kereta kini sedang menuju ke arah elektrifikasi.

Setakat ini dua model prestasi Toyota, iaitu Supra berkongsi dengan BMW, manakala GR86 dihasilkan bersama Subaru. Hanya GR Yaris tidak berkongsi dengan mana-mana pengeluar.

Toyota kini aktif dalam pelbagai perlumbaan seperti Kejohanan Rali Dunia (WRC), Rali Dakar, Kejohanan Enduran Dunia (WEC) selain rali dan perlumbaan tempatan. Dalam perlumbaan Super GT Jepun 2021, beberapa model Toyota digunakan seperti GR Supra GT500, GR Supra GT300, 86 MC GT300 dan PRIUS PHV GR Sport GT300.

Mengenai model konsep, Honda pernah menggunakan HSV-010 GT dalam Super GT untuk beberapa musim sebelum NSX jalanan diperkenalkan. Jadi buat masa sekarang, GR GT3 Concept masih kekal misteri.

BACA >>> #BikinKereta: Toyota Tacoma Overlanding Concept dengan Pakej Lengkap untuk Kembara!
BACA >>> Toyota GR Supra Jarama Racetrack Edition - 90 Unit untuk Eropah Sahaja, RM313k!

Related

50
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Gazoo Racing, GR, GR GT3 Concept, tgr, Toyota Gazoo Racing, Toyota Gazoo Racing (TGR), Toyota GR GT3 Concept

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my