TOYOTA memperkenalkan GRMN GR Yaris yang lebih berkuasa dan hanya ditawarkan 500 unit sahaja di Jepun. Bukan setakat eksklusif, tidak semua orang mampu memiliki model edisi terhad itu kerana Toyota menjual secara undian rawak.
Sejak dilancarkan pada September 2020, GR Yaris digunakan dalam banyak acara permotoran seperti Siri Super Taikyu Jepun yang mana Presiden Toyota, Akio Toyoda sendiri memandu bersama pasukan ROOKIE Racing.
BACA >>> Toyota Tayang GR Yaris Guna Hidrogen!
Toyoda memang meminati dunia permotoran dengan menggunakan nama samaran Morizo.
GR Yaris turut digunakan di dalam Kejuaraan Rali Jepun dengan kejayaan menjulang trofi musim 2021. Pembangunan GRMN Yaris dimulakan apabila Morizo mahu menawarkan pelanggan satu produk yang boleh diubah pantas dan dibuat mengikut individu seperti dalam sukan permotoran.
Hasilnya ialah Yaris versi GRMN seperti berikut:
- Berkuasa 270hp @ 6,500 rpm, dan tork 390Nm @ 3,200-4,000rpm, lebih tinggi daripada GR Yaris RZ High Performance (370Nm @ 3,000rpm-4,600rpm).
- Kekuatan badan dipertingkat dan berat diturunkan sekitar 20kg berbanding GR Yaris.
- Jumlah kimpalan bintik (spot weld) ditambah kepada 545 titik, manakala kekuatan badan dipertingkat melalui penggunaan perekat struktur 12 meter lebih panjang.
- Menggunakan komponen CFRP sulaman silang (twill weave) pada bonet, bumbung, dan spoiler.
- Kerusi belakang boleh tanggal.
- Menggunakan diferensial gelincir terhad (LSD) mekanikal berbanding Tosren, dengan kotak gear nisbah rapat dan set gear akhir rendah.
- Menggunakan bahan jenis SNCM (besi aloi kelas tinggi) yang mana proses 'tembakan' digunakan pada gear 1, 3, 4, 5 dan gear akhir untuk meningkatkan ketahanan dalam perlumbaan lasak dan setara.
- Gegaran daya kilas dan kekuatan lesu (fatigue strength) diperbaiki.
Selain itu, Toyota turut menawarkan dua pakej khas dengan bayaran, dipanggil Update Program dengan kerja naik taraf dibuat di GR Garage terpilih.
Personalization Program pula melibatkan analsis data lokasi seperti litar lumba dan pemasangan komponen di GR Garage.
Selain gred asas, Toyota juga menawarkan pakej litar, Circuit Package dengan input daripada perlumbaan Super Taikyu dan ditawarkan dalam warna khas: Matte Steel dengan jumlah pengeluaran 50 unit sahaja.
Satu lagi tawaran ialah pakej rali (Rally Package) yang boleh dipasang di pengedar khas dan dibuat berdasarkan pengalaman dalam perlumbaan Rali Seluruh Jepun (All Japan Rally).
Jika berkenan, pengeluar GRMN Yaris memang terhad dan tidak mampu dimiliki semua orang. Satu cara adalah menunggu pengedar bebas membawa masuk ke pasaran tempatan. Itupun perlu tunggu pemilik asal di Jepun menjualnya!
BACA >>> Siri Kenderaan Elektrik bZ, Inilah Masa Depan Toyota!
BACA >>> TGR Hasilkan Semula Alat Ganti Toyota Levin AE86!
Berikut harga GRMN Yaris berserta pakej ditawarkan:
Komponen | Harga (Yen/RM) | |||
---|---|---|---|---|
GRMN Yaris | 7,317,000/ 267,646 | |||
Circuit Package (Pengeluar) |
| 8,467,000/ 309,712 | ||
Rally Package (Pengedar) |
|
| 8,378,76/ 30,648 |
Leave a Reply