• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hilang Yamaha 135LC, Lesap Pula Duit Ditipu Scammer

Hilang Yamaha 135LC, Lesap Pula Duit Ditipu Scammer

December 30, 2021 By Shawkath Leave a Comment

239
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUDAH jatuh ditimpa tangga. Itulah nasib dialami seorang pekerja syarikat kurier apabila menjadi mangsa penipu (scammer) selepas motosikalnya, jenis Yamaha 135LC hilang.

Azhar Yaakop, 31, membuat laporan di Balai Polis Merlimau mengenai kehilangan motosikalnya di depan rumah ketika hendak keluar solat Maghrib pada 26 Disember lalu.

BACA >>> Penunggang Kurier Seperti GrabFood di Filipina Wajib Daftar Kotak Simpan Barang
BACA >>> Digit - Robot Kurier yang Boleh Hantar Barang ke Mana Saja

Motosikal itu digunakan sebagai pengangkutan berulang-alik ke tempat kerja di Tampin, Negeri Sembilan, termasuk menjual makanan ringan sekitar Merlimau selepas habis waktu kerja untuk mencari pendapatan sampingan.

Dia turut menularkan kes kehilangan itu di Facebook sebagai usaha mencari kembali motosikalnya dengan bantuan orang ramai.

Malangnya, ada pula individu tidak berhati perut melihat situasi itu sebagai peluang buat 'duit mudah’ dengan menipu mangsa. Penipu tersebut mendakwa membayar sejumlah wang untuk menahan pencuri motosikal tersebut dan meminta mangsa membayar RM250.

Disebabkan percaya dan terlalu mahukan motosikal dicuri itu, dia memasukkan wang diminta ke dalam satu akaun. Menurut Azhar;

Individu itu beritahu motosikal saya sudah ditemui dan dijual pada harga RM1,500. Dia juga maklumkan sudah buat bayaran RM1,250 untuk membantu saya dan meminta wang tambahan RM250.

"Saya sangat teruja ketika itu dan terus memasukkan wang seperti diminta, tetapi hingga sekarang dia tidak dapat dihubungi. Dalam kesusahan saya, ada juga yang mengambil kesempatan. Saya sudah buat laporan polis di Balai Polis Merlimau."

Azhar juga bernazar memberikan sedekah sejumlah makanan ringan dan 100 batang aiskrim kepada kanak-kanak jika motosikal itu ditemui dengan selamat.

Motosikal itu membantu saya menambahkan pendapatan kerana keluarga semakin besar selepas isteri selamat melahirkan anak kembar tiga bulan lalu.

"Saya merayu jika ada yang mempunyai maklumat mengenai motosikal nombor plat MDC 4281 dapat menghubungi saya atau balai polis berdekatan," katanya.

BACA >>> Scammer Jual Ativa, Perodua Minta Pelanggan Waspada
BACA >>> Hati-Hati dengan Ejen Scammer Jual Kereta Baharu dan Terpakai Perodua
BACA >>> YouTuber Mat Saleh Ini Beli Supercar Elektrik dari China, Tetapi Apa yang Dia Dapat....

SUMBER: FBAzhar | Sinar Harian

Related

239
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Azhar Yaakop, Balai Polis Merlimau, MDC 4281, Motosikal Hilang, Scammer, Yamaha 135LC

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my