• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: GoodYear Pernah Cipta Tayar Kereta Bercahaya

#TahukahAnda: GoodYear Pernah Cipta Tayar Kereta Bercahaya

December 17, 2021 By Shawkath Leave a Comment

736
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR tayar Amerika Syarikat (AS), GoodYear pernah mencipta tayar bercahaya dari dalam dengan menggunakan beberapa mentol lampu.

Ceritanya bermula seawal 1960-an apabila dua kakitangan Goodyear, William Larson dan Anthony Finelli bekerjasama mencipta tayar neotana (neothane) automotif pertama dunia. Neotana sebenarnya adalah nama lain untuk uretana (urethane), iaitu sejenis kompaun kimia yang dicipta ahli kimia Jerman, Otto Bayer pada 1930-an.

BACA >>> #TahukahAnda: 10 Fakta Menarik Tentang Tayar yang Patut Anda Tahu
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Tayar Warna Hitam?


Tayar neotana ada beberapa kelebihan berbanding tayar tradisional era itu. Antaranya menawarkan kekuatan cengkaman lebih tinggi, lebih lembut, lebih responsif dan lebih mudah dihasilkan.

Ciri lebih menarik, tayar neotana juga lut cahaya yang boleh diwarnakan dengan mencelupnya ke dalam pelbagai pewarna. Goodyear memberi demonstrasi dengan menggunakan cahaya untuk efek visual.

Material bersifat versatil itu membolehkan Goodyear menghasilkan tayar tanpa tiub dan tanpa kord yang sepatutnya membawa pembaharuan dalam industri.

Bagi mendedahkan betapa unik tayar itu, Goodyear turut  memasang mentol lampu dalam tayar untuk supaya ia bercahaya. Rim yang dibalut tayar lut cahaya itu mengandungi 18 mentol kecil yang disambungkan pada butang, wayar dan bateri.

BACA >>> UK Uji Material Baharu Turap Jalan Guna Getah Tayar Terpakai
BACA >>> Getah Bunga Dandelion Ganti Pokok Getah untuk Hasilkan Tayar Mesra Alam?

Kelemahan Tayar Neotana


Walaupun tayar bercahaya menjadi tarikan ramai pada 1960-an, tetapi ada kesan negatif pula yang timbul, iaitu pengguna jalan raya lebih tertarik melihat tayar bercahaya hingga menghilangkan fokus pemanduan. Tanpa sedar berlaku pengguna melanggar lampu isyarat merah.

Selain gangguan fokus, tayar tersebut juga memerlukan kos dan penyelenggaraan supaya kekal bercahaya. Selepas memandu beberapa kilometer, kotoran jalanan yang melekat atas permukaan tayar boleh menjejaskan tahap pencahayaan.

Paling utama adalah kebimbangan aspek keselamatan kerana tayar neotana tidak sesuai digunakan atas jalan basah atau ketika cuaca hujan ketika memandu laju. Sebabnya, tayar tersebut memberi kesan membrek yang lemah kerana kompaun getah mudah cair pada kepanasan 250ºC.

Jadi, selepas sedekad dibangunkan, Goodyear memutuskan membatalkan hasrat menawarkan tayar bercahaya kepada pasaran.

BACA >>> Kekurangan Bahan Mentah, Harga Tayar Baharu Naik?
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Tayar Berbunyi Selepas Silangkan Tayar?
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Segi Tiga Amaran dan Berapa Jauh Perlu Letak dari Kenderaan?
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Tayar Bajet Tahan Lebih Lama Berbanding Tayar Prestasi?
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

SUMBER: Odditycentral

Related

736
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Anthony Finelli, Evolusi Tayar, Goodyear Neothane, Neotana, Neothane, Otto Bayer, Tayar, Tayar Bercahaya, Tayar Goodyear, tayar neothane, Uretana, Urethane, William Larson

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my