PEMANDU lori tangki yang dikesan memotong barisan dengan menggunakan lorong kecemasan dalam satu video tular di media sosial datang menyerah diri di Balai Trafik Port Dickson, petang semalam.
Pemandu berusia 34 tahun itu hadir ke balai polis untuk membantu siasatan pada jam 2.45 petang selepas mengetahui video yang merakamkan aksinya itu tular di Facebook.
BACA >>> Pemandu Persona Maut Rempuh Lori J&T, Rakaman CCTV Dedah Hal Sebenar
Dalam video 16 saat yang tular kelmarin, sebuah lori tangki (tonton video di atas) dirakamkan memotong deretan kenderaan lain di lorong kecemasan pada jam kira-kira antara 2 hingga 4 petang, Sabtu lalu di Kilometer 27-28 Lebuh Raya Seremban-Port Dickson.
Insiden tersebut berlaku pada hari sama, tetapi dalam video berlainan, melibatkan sembilan pemandu lain yang dirakamkan memandu di lorong kecemasan. Bagaimanapun, masih tiada laporan mengenai sembilan pemilik kenderaan yang tampil menyerah diri walaupun diarahkan polis berbuat demikian dengan nombor pendaftaran didedahkan.
Insiden tular tersebut dilaporkan berlaku dari arah Sunggala ke Sua Betong memasuki Lebuh Raya Seremban-Port Dickson. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 279 Kanun Keseksaan /Kaedah 53(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.
BACA >>> Polis Arah 9 Pemandu 'Potong Q' di Lebuhraya Seremban-PD Serah Diri
BACA >>> 'Potong Q' Punca Petron Filipina Buat Lorong Khas untuk Penunggang Motosikal
SUMBER: KosmoOnline
Leave a Reply