SELAIN elektrifikasi, beberapa pengeluar turut membangunkan kenderaan dengan teknologi hidrogen. Toyota misalnya bukan setakat mengkaji, tetapi turut memasarkan Mirai yang dijana teknologi sel bahan api (fuel cell) sejak 2014.
Terbaharu, Toyota mempamerkan model enjin pembakaran dalaman (ICE) eksperimental yang dikuasakan hidrogen. Menariknya, enjin itu dipasang pada model prestasi GR Yaris!
BACA >>> Toyota Bangunkan Teknologi Enjin Hidrogen untuk Kereta Harian
BACA >>> Dengarlah Deruman Enjin Hidrogen Toyota, Mengaum Macam Enjin Petrol!
Berbeza Mirai, teknologi enjin pembakaran dalaman hidrogen masih pada tahap awal pembangunan dari segi rekabentuk konsep dan eksperimentasi yang bermula sejak 2017. Jadi ujikaji dilakukan bukan hanya di makmal, tetapi Toyota Corolla Sport yang dikuasakan hidrogen pernah digunakan dalam acara permotoran di Jepun.
Corolla Sport digunakan untuk bersaing dalam siri perlumbaan Super Taikyu sejak Mei 2021 di bawah pasukan ROOKIE Racing yang ada kaitan langsung dengan Toyota GAZOO Racing (TGR).
BACA >>> Malaysia Perkenal Kereta Lumba Elektrik Hidrogen Pertama, HyPER
GR Yaris pula berkongsi komponen dengan Mirai seperti bahan api hidrogen, tangki bahan api dan proses mengisi bahan api. Persamaannya, GR Yaris dan Corolla Sport menggunakan trenkuasa sama, iaitu enjin 3-silinder G16E-GTS 1.6L Turbo yang diubah suai pada sistem pembekal dan suntikan bahan api bagi menerima hidrogen sebagai bahan bakar.
Perbezaannya pula, Mirai yang menggunakan reaksi kimia dalam sel bahan api untuk menghasilkan tenaga, GR Yaris pula kekal dengan enjin pembakaran dalaman dan hidrogen sebagai bahan api.
Menurut Toyota, hidrogen membakar pada kadar lebih cepat berbanding petrol, sekali gus menghasilkan tahap respons lebih baik dan pada masa sama mesra alam sekitar. Tetapi bagaimanakah pula dari aspek komersial? Adakah kita bakal melihat GR Yaris yang diisi hidrogen selepas ini?
Seperti dikatakan tadi, teknologi enjin pembakaran dalaman hidrogen masih lagi dalam peringkat kajian dan penyelidikan (R&D) dan Toyota belum bersedia untuk memasarkannya kepada umum.
BACA >>> #BikinKereta: Toyota Tacoma Overlanding Concept dengan Pakej Lengkap untuk Kembara!
BACA >>> TGR Hasilkan Semula Alat Ganti Toyota Levin AE86!
Leave a Reply