• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Lamborghini Jalpa (1982) - Model Ikonik yang Penuh Sejarah Selain Countach

Lamborghini Jalpa (1982) - Model Ikonik yang Penuh Sejarah Selain Countach

November 29, 2021 By Abang Hirata Leave a Comment

207
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LAMBORGHINI hari ini terkenal dengan model yang hadir dalam rekabentuk agresif dan sangat menonjol. Rekabentuk Lamborghini jelas berbeza dengan Ferrari yang mengetengahkan gaya lebih lembut, anggun dan bersahaja.

Rekabentuk agresif Lamborghini dicetuskan melalui Countach yang diperkenalkan pada 1971 dan diwarisi hingga sekarang.

BACA >>> Ferrari Daytona SP3 dengan Enjin Paling Berkuasa Pernah Dihasilkan

Lamborghini Countach LP 500.13
Lamborghini Countach LP 500.01

Tahukah anda sebelum itu, kereta-kereta Lamborghini menggunakan gaya lembut dan bergaris yang selari dengan era dikeluarkan. Walaupun Countach (foto atas) hadir dalam bentuk mendepani zaman, Lamborghini pada masa sama mempunyai model dengan rekabentuk berkotak dan ringkas. Model dimaksudkan itu ialah Lamborghini Jalpa.

Lamborghini meraikan ulang tahun ke-40 selepas kali pertama kali diperkenalkan di Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) pada Mac 1981.

BACA >>> Lamborghini Bikin Semula Countach LP 500, Supercar 1971 Kini Hidup Kembali

Berikut beberapa fakta mengenai Jalpa:

  • Mula dikeluarkan pada 1982 atau tahun ke-8 Countach di pasaran.
  • Mengekalkan tradisi Lamborghini, nama Jalpa diambil sempena lembu lagam, iaitu Jalpa Kandachia.
  • Jalpa ialah sedan grand touring (GT) terakhir Lamborghini yang didatangkan dengan enjin tengah-belakang (rear-mid) 8-silinder.
  • Jalpa juga siri terakhir model Urraco dan Silhoutte dengan rekabentuk berkotak dan bergaris yang dijana enjin 3.0L dan dibesarkan kepada 3.5L.

  • Jalpa mempunyai bumbung jenis boleh buka (targa) yang direka Pengarah Gaya, Marc Deschamps dari firma rekabentuk, Carrozzeria Bertone. Turut merekabentuk dan memberikan pengaruh langsung kepada Jalpa ialah Pengurus Besar dan Pengarah Teknikal Lamborghini, Giulio Alfieri.
  • Inovasi teknikal terbesar Jalpa ialah evolusi terakhir enjin V8 90º yang dibuat daripada aluminium dengan aci sesondol (camshaft) overhead (OHC) dikawal empat rantai.
  • Seperti dikatakan, enjin Jalpa dibesarkan daripada enjin asal Urraco dan Silhouttee. Dengan sesaran 3,485 cc, enjin Jalpa dipasangkan karburetor kembar Weber 42 DCNF.

BACA >>> Lumba Drag Kawasaki H2R vs Lamborghini Huracan Turbo, Siapa Juara?

  • Nisbah mampatan enjin ialah 9.2:1 meledakkan kuasa 255hp @ 7,000 rpm dan tork 305Nm, manakala kelajuan maksimum mencecah 248kmj.
  • Prototaip Jalpa yang ditayangkan di Geneva sebenarnya ada kaitan langsung dengan Silhoutte.
  • Jalpa dibangunkan daripada unit Silhoutte yang dikeluarkan, tetapi tidak dijual. Unit itu kemudian dibawa kembali ke kilang dan menjadi asas kepada prototaip Jalpa.
  • Di sini kita boleh menyaksikan sejarah Lamborghni yang bukan mengenai Countach sahaja, tetapi pada masa sama dan sebelum itu Lamborghini ada Urraco dengan konfigurasi kerusi 2+2 dan Silhoutte sebagai model Targa.

BACA >>> #RetroAuto: Sejarah Volkswagen Scirocco (Sudah Tamat Riwayat) yang Perlu Anda Tahu

  • Jalpa (1982) menggunakan bampar dan ambilan udara enjin hitam, lampu belakang horizontal dan rim aloi 16 inci yang diambil daripada prototaip Athon dengan tayar Pirelli P7.

  • Bahagian dalaman Jalpa mewah dengan balutan kulit dan karpet yang meliputi sebahagian besar daripadanya.
  • Bumbung Jalpa boleh disimpan dalam ruang simpanan khas belakang kerusi.
  • Lamborghini kemudian mempamerkan siri kedua Jalpa sempena GIMS 1984. Jalpa siri kedua hadir dengan beberapa perubahan estetik seperti bampar dan ambilan udara sama warna badan, lampu belakang bulat dan ruang dalaman dipertingkat.
lamborghini-urus-super-suv-5
lamborghini-urus-super-suv-6
  • Selepas beberapa tahun di pasaran, Jalpa ditamatkan pengeluaran pada 1988 dengan pengeluaran sebanyak 420 unit.
  • Dalam sejarah, Jalpa ialah 'sedan' Lamborghini terakhir dengan enjin V8 sebelum digunakan kembali pada kenderaan utiliti sukan (SUV) Urus (foto atas).
  • Sejarah juga menunjukkan Lamborghini bukan saja mengeluarkan model agresif seperti sekarang, tetapi pernah juga menawarkan kepelbagaian model yang menarik untuk dikaji.
  • Selain itu, model Lamborghini hari ini juga masih membawa elemen dan pengaruh rekabentuk klasik seperti Jalpa.

BACA >>> Lamborghini Urus Graphite Capsule Lancar Di India, Harga Masih Tanda Soal
BACA >>> Lamborghini Sián - Supercar Hibrid Superkapasitor Pertama Dunia Inspirasi Countach

Lamborghini Jalpa.19
Lamborghini Jalpa.18
Lamborghini Jalpa.17
Lamborghini Jalpa.16
Lamborghini Jalpa.15
Lamborghini Jalpa.14
Lamborghini Jalpa.13
Lamborghini Jalpa.12
Lamborghini Jalpa.11
Lamborghini Jalpa.10
Lamborghini Jalpa.09
Lamborghini Jalpa.02
Lamborghini Jalpa.01
Lamborghini Jalpa.06
Lamborghini Jalpa.07
Lamborghini Jalpa.08
Lamborghini Jalpa.03
Lamborghini Jalpa.04
Lamborghini Jalpa.05

Related

207
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Lamborghini, Lamborghini Jalpa, Lamborghini Jalpa (1982), Roda4, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev