KENDERAAN jenis trak pikap diterima baik di negara kita sejak sekian lama. Pikap di pasaran sekarang beraneka varian, dari model asas hingga lengkap dengan spesifikasi premium.
Di Amerika Syarikat (AS), pasaran trak pikap lebih meriah dalam pelbagai jenis dan saiz, serta ada trak pikap besar seperti Ford F-150, Nissan Titan, Dodge Ram dan Toyota Tundra.
Trak pikap saiz sederhana pula terdiri daripada Ford Ranger, Chevrolet Colorado, dan Nissan Frontier, tetapi tiada Toyota Hilux di sana. Sebaliknya, trak pikap Tacoma ditugaskan menggantikan Hilux dan sudah memasuki generasi ketiga.
Sempena acara Pameran Persatuan Barangan Khas (SEMA) 2021, baru-baru ini, Toyota mempamerkan Tacoma Overlanding Concept yang dilengkapkan pelbagai aksesori untuk kembara. Trak pikap one-off itu adalah hasil kerjasama Toyota dengan Kurt Williams selaku pemilik dan pengasas Cruiser Outfitters di Utah, AS.
Trak pikap itu dibina daripada varian Tacoma SR5 yang juga varian aras mula kedua selepas varian asas Tacoma SR. Tacoma SR5 ditawarkan dalam dua sesaran enjin, 2.7L dan 3.5L V6 yang dipadankan transmisi automatik 6-kelajuan dengan pilihan pacuan dua roda (4x2) atau empat roda (4x4).
Enjin 2.7L berkuasa 159hp dan tork 244Nm, manakala versi 3.5L V6 mempunyai output 278hp dan tork 359Nm.
Spesifikasi Toyota Tacoma Overlanding Concept
Suspensi dan Pengendalian
- Sistem suspensi boleh laras Old Man Emu (OME) BP-51 dengan penambahan tinggi sebanyak tiga inci.
- Control arm bahagian atas suspensi depan dari OME.
- Pegas daun (leaf spring) belakang OME Dakar.
- Roda Icon Alloy Alpha warna gunmetal saiz 17 x 8.5 inci.
- Tayar Goodyear Wrangler DuraTrac saiz 285/70R17.
Kelengkapan Luaran
- Bampar depan ARB Summit Combo Bar dengan lampu kabus.
- Bampar belakang Expedition One.
- Skid plate Expedition One Ultra HD.
- Pelindung (rocker protection) juga dari Expedition One.
- Lampu depan ARB Intensity Solis.
- Lampu LED bampar belakang ARB Rigid Radiance Scene dan lampu rak bumbung LED juga dari ARB.
Kelengkapan Lasak dan Kembara
- Winc Warn Zeon 10-S Platinum.
- Papan recovery Maxtrax.
- Jek Hi-Lift.
- Penyodok dan kapak.
- Snorkel ARB Safari 4×4.
- Set simpanan perkakasan Baki dan Mule MAP.
- Laci ARB Outback Solutions dengan penyejuk ARB 63-quart Zero Dual Zone.
- Kompresor udara berkembar ARB.
- Khemah bumbung Yakima.
Segala kelengkapan Tacoma itu memang nampak menggiurkan, melihatnya terasa seperti hendak kemas beg dan terus mengembara! Inilah sebenarnya antara tujuan asal trak pikap dihasilkan iaitu untuk kegunaan lasak dan meredah laluan hutan.
Tiada Tacoma di sini, tetapi kita bikin Hilux pun boleh!
BACA >>> #BikinKereta: Toyota Tacozilla Tacoma Camper Sempena Tribut Kamper 70-80-an!
BACA >>> Toyota GR Supra Jarama Racetrack Edition - 90 Unit untuk Eropah Sahaja, RM313k!
Leave a Reply