• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Scrambler Gaya Retro, Keeway SCR250V (2022) Lancar di Indonesia, Harga RM16.8k!

Scrambler Gaya Retro, Keeway SCR250V (2022) Lancar di Indonesia, Harga RM16.8k!

November 18, 2021 By Shawkath Leave a Comment

219
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BENELLI Motor Indonesia (BMI) melancarkan Keeway SCR 250V sempena Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS) 2021 sebagai model ketiga selepas V250 Fi dan Geronimo untuk pasaran republik itu.

Ini menjadikan Indonesia sebagai negara Asean pertama menerima kemasukan model dwi-guna itu. Harga jualan bermula serendah Rp57,300,000 (RM16,840) dan dijadualkan memasuki pasaran awal tahun depan.

BACA >>> 5 Motosikal Gaya Cafe Racer dengan Bajet RM15k yang Boleh Anda Beli di Malaysia

Keeway SCR 250V - 7
Keeway SCR 250V - 5
Keeway SCR 250V - 6
keeway-logo

Berikut perincian SCR 250V (2022):

  • SCR adalah singkatan kepada 'Scrambler'. Motosikal ini dikatakan memiliki gaya scrambler klasik dengan rekabentuk retro.
  • Didakwa sebagai motosikal dwu-guna pertama dalam segmen 250cc di Indonesia.
  • Ada tiga warna pilihan: Dynamic Silver (perak), Cool Black (hitam) dan Passionate Orange (jingga).

  • Mempunyai model kembar di China, dikenali sebagai Longjia Buccaneer 250i (foto atas).
  • Dijana trenkuasa 4-lejang V-Twin (2-silinder) SOHC 250cc penyejukan udara dengan sistem suntikan bahan api (FI) berkuasa 16.8hp @ 8,500rpm dan tork 17Nm @ 5,500rpm, manakala transmisi jenis klac manual 5-kelajuan.

BACA >>> Lakukan 5 Tabiat Ini Jika Mahukan Gear Manual Anda Rosak

Keeway SCR 250V - 0
Keeway SCR 250V - 10
Keeway SCR 250V - 3
Keeway SCR 250V - 2
  • Set lampu depan dan belakang berbentuk bulat jenis mentol halogen. Unit lampu utama dipasangkan gill. Cermin sisi diposisikan di hujung bar hendal. Ada fungsi lampu kecemasan.
  • Batang fork teleskopik dilindungi gad getah, manakala suspensi belakang jenis monoshock.

BACA >>> #TahukahAnda: 5 Tanda Sistem Suspensi Anda Perlukan Perhatian!

Keeway SCR 250V - 4
Keeway SCR 250V - 1
  • Menggunakan rim jejari, iaitu 17 inci dengan tayar 100/80 di depan, dan 15 inci dengan tayar 130/90 di belakang.
  • Sistem brek menggunakan cakera tunggal pada kedua-dua roda dan dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Memiliki berat 154kg, kapasiti tangki petrol 13 liter, tinggi pelana 720mm dan jarak roda 1,430mm.

BACA >>> #TahukahAnda: Halogen, HID dan LED, Apakah Beza Jenis Lampu Utama Kereta Ini?
BACA >>> Kajian: Kenapa Ramai Pemandu Tak Guna Signal Belok?
BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Bezakan Kulit Sebenar dan Kulit Sintetik (Leatherette)?

Keeway SCR 250V - 3
Keeway SCR 250V - 2
Keeway SCR 250V - 4
Keeway SCR 250V - 9
Keeway SCR 250V - 8
Keeway SCR 250V - 11
Keeway SCR 250V - 6
Keeway SCR 250V - 5
Keeway SCR 250V - 7
Keeway SCR 250V - 0
Keeway SCR 250V - 10
Keeway SCR 250V - 1
Keeway SCR 250V - 2
Longjia-Buccaneer-250i

SUMBER: Otomotif | Warungsep

Related

219
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Benelli Motor Indonesia (BMI), GIIAS 2021, Keeway SCR 250V, Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS) 2021, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev