Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lampu HID Terlalu Terang Punca Kemalangan? Wajarkah Diharamkan?
Auto Terkini

Lampu HID Terlalu Terang Punca Kemalangan? Wajarkah Diharamkan?

FarahBy Farah18/11/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KESALAHAN penggunaan lampu limpah ketumpatan tinggi (High Intensity Discharge, HID) yang terlalu terang ketika memandu dikatakan menjadi antara punca kemalangan jalan raya.

Ini kerana lampu HID, yang tidak mengikut spesifikasi dibenarkan, boleh menyilaukan pandangan pengguna jalan raya lain hingga menjejaskan penglihatan dan pemanduan. Tambahan lagi, apabila digunakan ketika hujan.

BACA >>> Pelajar Terbaik Sekolah Agama Kedah 2020 Maut Selepas Balik Ujian ‘P’ Motosikal
BACA >>> Hishammuddin: Hawk 108 Akan Terus Digunakan

Ini dibuktikan dengan banyak pengakuan mangsa kemalangan yang menjadi mangsa akibat lampu HID. Salah seorang mangsa, Khairil Anuar, 33, dipetik Sinar Harian mengaku mengalami kemalangan ketika pulang ke kampung, baru-baru ini.

Menurutnya, jalan raya di kampung agak sempit dan dia perlu memandu dengan berhati-hati, tetapi disebabkan ada sebuah kereta dari arah bertentangan menggunakan lampu HID menyebabkan dia terbabas.

Lampu kereta itu mengganggu penglihatan saya yang pada masa itu memandu di selekoh dan tidak dapat kawal kenderaan hingga menyebabkan tayar kereta saya pecah,” kata Khairil.

Justeru, Khairil berharap pihak berkuasa dapat mengkaji penggunaan lampu HID kerana boleh menyebabkan kemalangan.

Seorang lagi mangsa, Nor, 29, turut mengalami kemalangan kerana mengalami silai yang berpunca daripada suluhan lampu tinggi kereta yang datang dari arah bertentangan.

Katanya, kemalangan berlaku ketika hujan yang mana dia terbabas ke longkang di bahu jalan. Mujurlah dia bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pakar keselamatan jalan raya, Profesor Dr Law Teik Hua (foto atas) dari Universiti Putra Malaysia (UPM) menyokong gesaan supaya Kerajaan patut mengetatkan undang-undang mengenai kesalahan penggunaan lampu HID.

Respons Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid pula berkata, jika terdapat kajian mengenai bahaya penggunaan HID, Kerajaan memang boleh mengharamkan penjualan lampu tersebut.

Menurutnya, jika ada kajian menunjuk data dan bukti daripada badan berkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau agensi berkaitan mengenai bahaya lampu HID, barangan atau aksesori itu boleh disenarai sebagai barang kawalan.

Nak tahu perbezaan antara lampu halogen, HID dan LED? Baca SINI.

BACA >>> Mat Motor ‘Rem’ Ekzos, Sekali Kepala Kena Lepuk Abang Askar Sampai Nak Terbalik
BACA >>> Mazda CX-50 (2022) Diperkenal dengan Imej Lebih ‘Rugged’!
BACA >>> Menteri: Salah Pasang Lampu HID, Boleh Kena Saman RM2k atau Masuk Jel 6 Bulan

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini Datuk Rosol Wahid kemalangan kesalahan lampu HID lampu HID lampu kereta undang-undang kenderaan
Farah

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aprilia RS 660, RS 457 Kuasai Pasaran Itali, Pegang Lebih 21% Segmen Sport Bike

    23/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    By Shazwan Hisam16/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.