• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 10 Peratus Pemandu Bas Pekerja Ambil Dadah?

10 Peratus Pemandu Bas Pekerja Ambil Dadah?

November 10, 2021 By Shawkath Leave a Comment

179
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KHAYAL dadah, mabuk dan tiada lesen memandu adalah antara kesalahan yang sering direkodkan pemandu bas pekerja di Johor.

Selain pemandu, polis juga mengesan pengusaha bas pekerja sanggup menggajikan pemandu warga asing, dan membawa penumpang melebihi kapasiti had dibenarkan bagi mengurangkan kos dan mementingkan keuntungan.

BACA >>> Pengangkutan Awam, Basikal dan Jalan Kaki Cara Elak 50 Juta Kematian Jalan Raya Setahun

Isu itu dikongsikan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dalam Operasi Bersepadu Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Johor, semalam.

Terdapat satu kejadian 21 Oktober lalu melibatkan sebuah bas pekerja dipandu melulu dan berbahaya di kawasan perindustrian Tebrau. Apabila kita dapat kesan pemandu itu, ujian urin dilakukan dan didapati dia positif dadah jenis metamfetamin.

"Susulan itu, dalam operasi kali ini, kita menjalankan ujian urin terhadap 20 pemandu bas pekerja dan dua daripadanya, iaitu lelaki tempatan berusia 54 dan 34 tahun didapati positif dadah jenis metamfetamin dan ganja.”

Berdasarkan ujian urin tersebut, ini bermakna 10 peratus pemandu bas pekerja di Johor dikesan mengambil bahan terlarang.

Sepanjang operasi, 42 saman dikeluarkan, termasuk kepada dua individu tiada lesen memandu, manakala 25 lagi tiada lesen Kenderaan Perdagangan dan Lesen Vokasional (GDL dan PSV).

Jabatan Alam Sekitar, yang turut serta dalam operasi itu, juga mengeluarkan 26 saman, enam notis dan empat kompaun atas kesalahan berkaitan asap dan bunyi kenderaan.

Ayob Khan berkata lagi, 89 kes kemalangan jalan raya melibatkan bas pekerja direkodkan di Johor sejak Januari hingga bulan lalu (Oktober), manakala 144 kes kemalangan jalan raya melibatkan bas pekerja sepanjang tahun lalu.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?
BACA >>> Lalok, Bergaduh, Polis Cekup Polis Palsu
BACA >>> Kajian: Halalkan Ganja Punca Peningkatan Kes Kemalangan di Amerika - IIHS
BACA >>> #TahukahAnda: 5 Tanda Absorber Kereta Anda Perlu Tukar Baharu

SUMBER: Bernama | APAD

Related

179
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Bas Pekerja, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, Ganja, Isu Semasa, lesen Kenderaan Perdagangan, Lesen Vokasional, Metamfetamin, Pemandu Bas Pekerja

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev