• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Italdesign Mula Hasilkan 50 Unit Nissan GT-R50 di Itali

Italdesign Mula Hasilkan 50 Unit Nissan GT-R50 di Itali

November 8, 2021 By Shawkath Leave a Comment

129
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AKTIVITI pengeluaran supercar edisi terhad, Nissan GT-R50 di bawah Italdesign sudah bermula di fasiliti pengeluaran firma rekabentuk itu di bandar Turin, Itali.

Hanya 50 unit akan dibina pada harga bermula serendah AS$1.1 juta (RM4.57 juta), atau kira-kira 10 kali ganda berbanding harga asal R35 GT-R.

BACA >>> Nissan GT-R50 Sentuhan Italdesign yang Serba Memukau
BACA >>> Nissan GT-R50 Italdesign Tampil Mengancam di Goodwood, Rai Ulang Tahun ke-50

Italdesign-Nissan-GT-R50-4
Italdesign-Nissan-GT-R50-3

Berikut perincian GT-R50:

  • Semua GT-R50 dipasangkan menggunakan tangan dengan penggunaan mesin minimal.
  • Pemilik kenderaan digalakkan mengemukakan spesifikasi masing-masing sebagai tribut kepada model GT-R terdahulu.
  • Salah satu unit pertama dibeli pelanggan adalah dibina berasaskan inspirasi  Skyline 2000 GT-R (1972), iaitu model kustom untuk Pameran Motor Tokyo (TMS) 1972 dengan warna khas dipanggil Verde Kenmeri.
  • Dua unit lain pula mengambil ilham model konsep GT-R50 yang debut di acara automotif Goodwood Festival of Speed di England pada 2018.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Nissan GT-R Dipanggil Godzilla, Bukan Dugong atau Ketam?

Italdesign-Nissan-GT-R50-5
Italdesign-Nissan-GT-R50-2
  • Perbezaan utama GT-R50 dan GT-R standard ialah rekabentuk badan unik membabitkan lampu utama, rekaan depan dengan gril unik, bumbung gelembung kembar, rupa belakang seperti spoiler hidraulik dan lampu LED khas.
  • Jurutera Nissan turut menala trenkuasa 3.8L Twin-Turbo V6 untuk meledakkan kuasa setinggi 710hp.
  • Enjin juga menerima beberapa pembaharuan seperti unit turbo sama seperti jentera lumba GT3, intercooler lebih besar, piston, konrod, aci sesondol (camshaft) dan bering khas.
  • Transmisi jenis klac kembar (DCT) 6-kelajuan ditambah baik, manakala  semua unit dibekalkan sistem suspensi Bilstein.

BACA >>> Saya Budak Baru Belajar, Motosikal Auto atau Manual?
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Toyota 86 dan Subaru BRZ Tiada Pengecas Turbo?
BACA >>> Nissan GT-R Baharu Bakal Guna Trenkuasa Hibrid?

SUMBER: CarScoops

Related

129
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: godzilla, Italdesign, Nissan GT-R Special Edition, Nissan GT-R50 Italdesign, Roda4, Supercar Jepun

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev