ADA sebab Boon Siew Honda (BSH) mengetengahkan nama RS-X dan bukan Winner X ketika melancarkan supermoped itu ke pasaran Malaysia pada 1 November lalu. Menurut BSH, RS sudah jadi jenama yang utuh dan dikenali pengguna negara ini.
Situasinya sama seperti Vietnam apabila jenama Winner (Malaysia: RS150R) sudah dikenali ramai dan menapak kukuh dalam pasaran. Itulah sebab model generasi kedua dipanggil Winner X (Malaysia: RS-X). Kisah ini dimaklumkan sendiri BSH kepada penulis. Malah, RS150R masih terus dijual di pasaran.
Artikel ini akan membandingkan perbezaan antara RS150R dan RS-X?
BACA >>> Boon Siew Honda Lancar RS-X (2021), Harga Mula RM8.6k!
BACA >>> Honda RS150R (2020) Facelift yang Lebih Sporty Rasmi Dilancarkan, Harga Mula RM8.2k
REKABENTUK LEBIH SEGAR
- RS-X agak menarik kerana mengetengahkan gabungan rekabentuk skuter-kapcai. RS150R pula mewaris rekabentuk kapcai tipikal dalam gaya moden mengikuti peredaran zaman. Jika diamati, bahagian fairing depan RS-X ada bayangan rekabentuk skuter Vario 150.
BACA >>> Perbandingan: Honda RS-X vs Yamaha Y16ZR, Mana Satu Paling Power?!
BACA >>> Honda Vario 150 (2020) Kini Berwajah Baharu Lebih Sporty, Harga Mula RM7,499
LAMPU UTAMA
- Perubahan paling ketara, set lampu depan dialih dari fairing kepala ke dada. Rekaan lampu utama lebih tirus dan moden mirip sportbike aras mula CBR150.
- Lampu belakang RS-X jenis transparen dan nampak lebih lebar berbanding RS150R yang bergaya sportbike dalam warna merah.
- Semua lampu RS-X jenis LED penuh, manakala RS150R masih menggunakan mentol halogen untuk lampu signal, lampu nombor plat dan lampu brek belakang.
BACA >>> Perbandingan: Benelli R18i (2021) vs Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020)!
PANEL KEPALA
- Peralihan posisi lampu depan membuatkan fairing kepala RS-X nampak kosong walaupun ditambah visor angin bersaiz kompak. Muncung fairing kepala ada jeriji seperti helmet Darth Vader dalam Star Wars yang berfungsi sebagai ventilator udara.
PANEL METER DIGITAL
Panel meter RS-X berbentuk horizontal dengan paparan digital penuh dan latar hitam, manakal panel meter RS150R cuma dalam dua tona, latar jingga dan tulisan hitam. Paparan maklumat pada panel meteri RS-X lebih jelas dan mudah dibaca. Angka spidometer terpampang besar, termasuk takometer, bar petrol, dan posisi gear. Paparan RS150R pula lebih kecil.
LAMPU SIGNAL BELOK
- BSH masih meneruskan tradisi lampu signal belok jenis capang pada RS-X, tetapi kini lebih tirus dan sporty berbanding RS150R yang lebih 'gemuk'.
- Reflektor henti kekal di tengah madgad belakang, di bawah unit lampu signal belok. Madgad juga masih menggunakan saiz sama, termasuk peg kaki pembonceng.
BACA >>> #TahukahAnda: Mengapa Honda Ubah Posisi Asal Butang Hon, Lampu Signal Belok?
BAR BONCENG
- Perubahan ketara bahagian belakang selain lampu brek ialah bar genggam untuk pembonceng. Rekaan RS-X mengetengahkan gaya tanduk kerbau yang direka terpisah dua, manakala RS150R lebih konvensional yang bersambung terus.
TRENKUASA
Kedua-dua model menggunakan trenkuasa sama, iaitu 4-lejang silinder tunggal 149.2cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI dan dipadankan transmisi klac manual 6-kelajuan. Bagaimanapun, RS-X diberikan talaan berbeza untuk menghasilkan ekstra kuasa kuda.
BACA >>> #TahukahAnda: Kuasa Kuda (hp) dan Tork (Nm) Bukan Penentu Kereta Power?
DIMENSI
- Saiz badan RS-X lebih pendek dan lebih rendah, tetapi ada perbezaan minimum lebar 2mm berbanding RS150R.
- Jarak roda RS-X lebih panjang 2mm, tetapi jarak lega bumi pula lebih rendah 2mm berbanding RS150R.
- Kapasiti tangki minyak kedua-dua model RS itu kekal sama, tetapi RS-X lebih berat 2kg.
- RS150R pula nampaknya seperti lebih mesra penunggang kerana menawarkan tinggi pelana rendah (786mm) berbanding RS-X yang tinggi (795mm). Jika bertubuh tinggi, RS-X mungkin sesuai buat anda.
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Beza Jarak Roda (Wheelbase) Panjang vs Pendek?
PELANA
- Pelana RS-X nampak tebal, terutama bahagian penunggang dan nampak lebih landai yang bersambungan dengan pelana pembonceng. Pelana RS150R lebih tipis dan jelas nampak takuk pada pelana pembonceng.
SISTEM EKZOS
- Selain fairing depan ala skuter, RS-X dipasangkan sistem ekzos baharu yang mirip gaya sportbike aras mula CBR150R. Bentuk ekzos RS-X lebih bersegi daripada RS150R yang berbentuk silinder.
- Walaupun peg kaki pembonceng kedua-dua model nampak sama, tetapi peg kaki penunggang RS-X kini boleh dilipat. Ciri ini agak penting kerana boleh mengelakkan penunggang terbabas jika mengambil selekoh sudut rendah (rapat ke tar jalan).
BACA >>> Kajian: Ekzos Bising Disahkan Tidak Boleh Selamatkan Nyawa
BREK ABS
- Sistem brek RS-X dipertingkat menerusi tambahan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) roda depan. RS150R juga menggunakan sistem brek cakera, tetapi tanpa ABS.
- Kedua-dua model menggunakan rekaan rim sport sama, tetapi unit cakera RS-X berbentuk petal (berbunga) untuk gaya lebih sporty. RS150R menggunakan cakera standard.
BACA >>> #TahukahAnda: 5 Sebab Kenapa Lampu Amaran ABS Tiba-Tiba Nyala?
BACA >>> Tentang Sejarah dan Fungsi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) untuk Motosikal
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Brek Cakera di Depan, Tapi Brek Dram di Belakang?
BACA >>> #ApaNakBuat: Cara Cegah Enjin, Transmisi Skuter Rosak Awal
Rothmans says
Bar bonceng dgn lampu kat kepala v2 lebih cantik.
Wong Pekaja says
Bagi sy semuanya baik, yg xbaik tu kewangan sy,, so tengok je la 😁
wah wah says
saya suka dia gemok...tapi jangan bual hal...
psu@ny says
RS 150R..sedap dinaiki....rasa selesa......anda akan merasai kehebatan apabila bersama...percaya..? model ni ok...walau nampak gemok...tp ok. sesuai semua golongan.....
apis bukan nama sebenar says
nak tanya , sport rim RSX masih sama dengan RS150 kan ? dari segi hub dan lain2. ke ada perbezaan ?
HK Motor says
Lain² dan berbeza, sebab ingin mengelakan dari Budak² pencuri Motor ni tukar part. 😂🤭
RSV says
Rs dgn Rsx makin banyak geng kat jalan sebab berbaloi dgn harga. Yamaha harga kena mark up kaw kaw dgn kedai sebab kilang lembap nak bekalkan stok.
Uvuvwevwevwe Osas says
Lawa lagi y Suku.....salam dari zimbabwe
Aim says
Tapi kenapa RS mahal Dr RSX?
alia says
anda mencari spare part motor rs original second,bole cari sy...
Ally John says
Zimbabwe pkai Honda Zebra atau Honda Zirafah ke?🤣🤣🤣