• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Stellantis Kini Pemilik Penuh Kilang Naza di Gurun, Pengeluaran Peugeot Kembali Aktif

Stellantis Kini Pemilik Penuh Kilang Naza di Gurun, Pengeluaran Peugeot Kembali Aktif

November 2, 2021 By Shawkath Leave a Comment

400
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


STELLANTIS mengukuhkan komitmen di Malaysia dengan mengambil alih sepenuh Naza Automotive  Manufacturing Sdn Bhd dan kilang pengeluaran di Gurun, Kedah.

Hak milik penuh terhadap kilang pembuatan itu diperoleh Stellantis pada 28 Oktober lalu. Terdahulu, kilang itu beroperasi sebagai usahasama antara Stellantis dan Naza Corporation.

BACA >>> Berjaya, Bermaz Sah Ambil Alih Pengedaran Peugeot di Malaysia daripada Naza
BACA >>> Ini Janji Bermaz untuk Pemilik Kia Malaysia


Langkah pengambilalihan itu adalah pencapaian penting Stellantis di Asean untuk meningkatkan pelaburan dan mengukuhkan strategi lokalisasi. Stellantis juga sudah mengaktifkan semula aktiviti pembuatan di Gurun menerusi pelancaran Peugeot 3008 dan 5008 versi dipertingkat (facelift).

Selain itu, aktiviti pembuatan Peugeot 2008 akan bermula bulan ini di Gurun. Naib Presiden Kanan Pengedaran Awam dan Asean Stellantis, Christophe Musy berkata;

Kami kini fokus pada misi mencapai pengeluaran berkelas dunia di Gurun, membina (produk) kualiti tinggi, kenderaan buatan Malaysia untuk Asia Tenggara.

“Kami sedang bekerjasama erat dengan rakan-rakan, meningkatkan kapasiti pengeluaran sekitar 40 peratus untuk memenuhi permintaan.”

Kadar pengeluaran di kilang Stellantis di Gurun mencapai tahap seperti sebelum pandemik Covid-19 sebaik saja operasi disambung semula. Jumlah produk dihasilkan untuk baki 2021 adalah untuk memenuhi permintaan pasaran Malaysia, Thailand, Filipina dan beberapa lagi negara Asean.

Sejak kilang dibuka, lebih 170 kakitangan kembali bekerja dan Stellantis sedang bekerjasama dengan lebih 50 pembekal tempatan ketika pengeluaran meningkat pada suku terakhir 2021.

BACA >>> Peugeot Perkenal Logo Singa Baharu, Siap Sedia Cabar Pasaran Lebih Premium
BACA >>> Kereta Suzuki Kembali di Malaysia! Kini di Bawah Naza Eastern Motors
BACA >>> Masalah Jalan Berlubang di UK, Satu Lubang Ditutup Setiap 19 Saat!
BACA >>> Kajian: Kenapa Ramai Pemandu Tak Guna Signal Belok?

SUMBER: Naza | Stellantis

Related

400
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Christophe Musy, Naza Automotive  Manufacturing Sdn. Bhd., Naza Corporation, Peugeot, Peugeot 3008, Peugeot 5008, Stellantis

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev