• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: Cara Cegah Enjin, Transmisi Skuter Rosak Awal

#ApaNakBuat: Cara Cegah Enjin, Transmisi Skuter Rosak Awal

October 26, 2021 By Shawkath Leave a Comment

194
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SKUTER ialah jenis motosikal yang biasanya didatangkan dalam transmisi automatik dan menjadi antara pilihan pengangkutan popular di bandar-bandar besar. Di Asean, antara negara yang memiliki pengguna skuter terbesar ialah Indonesia dan Thailand.

Tarikan utama skuter semestinya sistem transmisi ditawarkan yang memudahkan penunggang menunggang dengan operasi minimum. Senang cerita, cuma pulas terotel dan terus jalan. Tidak perlu tarik klac atau anjakkan naik-turun gear.

BACA >>> #ApaNakBuat: Cara DIY Tukar Minyak Enjin Motosikal dengan Betul
BACA >>> #TahukahAnda: Mengapa Honda Ubah Posisi Asal Butang Hon, Lampu Signal Belok?

Bagaimanapun, ramai pemilik skuter mengambil mudah faktor operasi minimum hingga mengundang kerosakan awal trenkuasa automatik yang rata-ratanya menggunakan sistem variabel berterusan (CVT).

Berikut beberapa panduan untuk memanjangkan jangka hayat enjin dan transmisi skuter:

  • Jangan terus memerah terotal sebaik saja enjin dihidupkan kerana minyak enjin belum membasahi semua komponen trenkuasa.
  • Guna metod hidupkan enjin minimum 60 saat terlebih dahulu, sebelum mula menunggang. Biarkan enjin melahu (idle) sekejap.
  • Apabila kunci dimasukkan dan dipulaskan. Indikator amaran sistem suntikan bahan api (FI) akan menyala. Tunggu indikator FI dan enjin terpadam. Kemudian barulah mula tunggang (selepas idle).
fi-light
check-engine-light
  • Indikator FI padam biasanya mengambil masa antara 3 dan 5 saat (bergantung model skuter). Rujuk buku manual atau tanya penjual motosikal anda.
  • Jangan menangguh menukar minyak enjin atau minyak gear (transmisi) mengikut saranan pengeluar. Kelewatan menukar minyak enjin boleh menyebabkan kerosakan pramatang.
  • Setiap bendalir trenkuasa memiliki ciri antikarat, antioksida dan ejen pencuci yang ada tempoh hayat tersendiri. Baca label botol atau dapatkan maklumat daripada pembekal bendalir berkenaan.
tukar-minyak-enjin-skuter-2
tukar-minyak enjin-skuter-1
  • Jika skuter jarang ditunggang, minyak enjin dan minyak gear tetap perlu ditukar mengikut jadual masa ditetapkan walaupun belum mencapai jarak perbatuan (mileage).
  • Ikut tempoh masa paling awal, sama ada bulan atau jarak perbatuan, mana satu tiba dulu. Faktor cuaca panas dan lembab perlu diambil kira kerana boleh mengubah kandungan dan kualiti pelincir digunakan.
  • Jika skuter ditenggelami air seperti banjir, tukarlah minyak enjin dan minyak gear kerana dikhuatiri dicemari campuran air atau bendasing lain.
  • Bukan semua pelincir sama. Anda disarankan menggunakan pelincir disyorkan pengilang. Sebaiknya, beli produk yang menawarkan prestasi mengikut jenis skuter.

BACA >>> #TahukahAnda: Bolehkah Motosikal Biasa Guna Minyak Enjin Skuter?
BACA >>> #ApaNakBuat: 7 Tip Mudah Pilih Tayar Tiubles untuk Skuter
BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Jaga Pelana Motosikal Supaya Tidak Mudah Pecah, Merekah

SUMBER: Zing

Related

194
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: apa nak buat, Minyak Enjin Skuter, penapis minyak skuter, Penjagaan Skuter, roda2, skuter, transmisi, transmisi automatik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • JAECOO E5 2025 Lancar di UK dengan Jarak Pandu 399km, Bakal Masuk Malaysia?
    JAECOO E5 2025 Lancar di UK dengan Jarak Pandu 399km, Bakal Masuk Malaysia?
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev