• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda Thailand Bakal Lancar Generasi Terbaharu HR-V (2022), Tiada Lagi Enjin 1.8L?

Honda Thailand Bakal Lancar Generasi Terbaharu HR-V (2022), Tiada Lagi Enjin 1.8L?

October 22, 2021 By Shawkath Leave a Comment

308
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

HONDA HR-V baharu dijangka diperkenalkan di Thailand dalam masa terdekat selepas ada laporan mendedahkan Honda sedang menguji model crossover itu di situ.

Malah kumpulan pengedar kenderaan Honda termasuk pasukan penasihat jualan di negara jiran juga dilaporkan sudah dilatih sebagai persiapan menyambut ketibaan generasi baharu HR-V.

BACA >>> Honda HR-V (2022) Serba Baharu Debut! Kini Lebih Slik dan Anggun

Bagaimanapun, butiran spesifikasi tepat mengenai pelancaran HR-V serba baharu itu masih kekal teka-teki. Apa yang pasti, dimensi crossover itu adalah lebih besar berbanding generasi sedia ada di Thailand.

  • Model HR-V baharu itu adalah sepanjang 4,340mm dan selebar  1,790mm iaitu tambahan 46mm panjang serta 18mm lebih lebar berbanding model semasa.
  • Bagaimanapun, model terbaharu itu cuma memiliki ketinggian 1,582mm, lebih pendek 23mm berbanding HR-V generasi sedia ada.
  • Honda mendakwa HR-V ada ruang kelegaan Bumi 188mm berbanding model semasa dengan 170mm. Jarak roda kedua-dua generasi masih sama iaitu 2,610mm.

BACA >>> Honda HR-V (2021) Lancar di UK, Cuma Varian Hibrid, Harga Bermula RM158k!

  • Aspek desain menyaksikan HR-V generasi baharu lebih matang dengan rombakan rekabentuk depan yang ditambah gril bersaiz besar. Bumbung pula lebih landai dengan set lampu jenis tirus.
  • Rekabentuk kabin senasib dengan Civic baharu iaitu direka semula dengan penggunaan skrin sesentuh jenis terapung dan papan pemuka berkonsep minimalis.
  • Panel instrumen juga ditambah baik dan aksen tona gelap lebih mendominasi ruang dalaman HR-V serba baharu. Tambahan lain ialah stereng baharu. Fungsi sentuhan kawalan iklim automatik diganti dengan tombol dail tradisional.

BACA >>> Honda Malaysia Papar Model City Hatchback Baharu, Pengganti Jazz?

  • HR-V spesifikasi Thailand mungkin hadir dengan dua pilihan trenkuasa iaitu aspirasi natural (NA) 1.5 liter i-VTEC yang menggantikan enjin 1.8-liter R18. Kuasa dihasilkan dilaporkan 129hp @ 6,600rpm dan tork 155Nm @ 4,600rpm. 
  • Pilihan kedua ialah trenkuasa 4-silinder sebaris 1.5 liter kitaran Atkinson dengan sistem hibrid dua unit motor atau dipanggil e:HEV.
  • Kuasa dihasilkan ialah 96hp dan tork 127Nm. Jika digabungkan dengan sistem hibrid, jumlah kuasa ialah 107hp dan tork 253Nm.
  • Kedua-dua pilihan trenkuasa itu dipadankan dengan transmisi jenis CVT.
  • Ada kemungkinan model itu dilengkapi pakej teknologi keselamatan Honda Sensing seperti Bantuan Kekal Lorong, Amaran Pelanggaran Depan, Kawalan Kruise Adaptif dan lampu tinggi automatik.
  • Pelancaran Honda HR-V serba baharu itu dijangka diadakan pada bulan November 2021. Selepas Thailand, Filipina atau Malaysia mungkin jadi negara seterusnya di Asean menyambut ketibaan crossover terbaharu Honda. Atau mungkin lebih awal?

BACA >>> Kajian: Satu Daripada Lima Kenderaan Jual Di India Ada Bumbung Suria
BACA >>> Kajian: 4 Juta Pemandu UK Mengaku Pernah Terlelap Ketika Memandu
BACA >>> #ApaNakBuat: Tukar Warna Kereta? Bagaimanakah Cara Daftar JPJ?
BACA >>> Jalan Malaysia di Gaza, Tanda Penghargaan Palestin Atas Solidariti Rakyat Malaysia

SUMBER: AutoIndustriya 

Related

308
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Crossover, Honda HR-V, Honda HR-V 2022 Thailand, Honda Thailand, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev