• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kawasaki Dedahkan Prototaip Hibrid Guna Frem Ninja 400

Kawasaki Dedahkan Prototaip Hibrid Guna Frem Ninja 400

November 1, 2021 By Wahid Leave a Comment

27
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAHUN ini Kawasaki menyatakan hasrat mahu memperkenalkan model hibrid dan elektrik dengan bakal memperkenalkan sekurang-kurangnya 10 model hibrid menjelang 2025. Kurang lima tahun saja lagi.

Terbaharu, pengeluar motosikal dari Jepun itu tampil mendedahkan prototaip motosikal hibrid dalam bentuk frem tanpa fairing.

BACA >>> Kawasaki Mahu Perkenal 10 Motosikal Hibrid, Elektrik Menjelang 2025
BACA >>> Kawasaki Daftar Nama E-Boost, Petanda Awal Ketibaan Model Elektrik dan Hibrid?

prototaip-kawasaki-hibrid-2
prototaip-kawasaki-hibrid-3

Sebagai motosikal hibrid, model itu menggunakan gabungan trenkuasa petrol dan motor elektrik. Berdasarkan foto ditunjukkan, frem model tersebut mirip Ninja 400, tetapi Kawawasaki tidak memaklumkan sebab frem itu dipilih.

Pada pandangan kami, frem itu menawarkan banyak ruang kosong yang boleh dipenuhi komponen hibrid. Mungkin itu sebabnya.

BACA >>> Paten Diagram Dedah Kawasaki Sedang Bangunkan Sistem Hibrid untuk Sportbike
BACA >>> Thailand Tambah Tiga Lagi Seragam Baharu Kawasaki Ninja 400 (2021)

Selain itu, Kawasaki juga mengambil pendekatan penunggang akan menggunakan trenkuasa berlainan ketika menunggang di tempat berbeza. Contohnya, penunggang akan menggunakan motor elektrik ketika berada dalam bandar (misalnya, ibu kota London yang mewajibkan enjin kenderaan dimatikan ketika menunggu di lampu isyarat).

Sebaliknya, apabila menunggang di lebuh raya, enjin petrol pula digunakan, manakala gabungan kedua-dua enjin petrol dan motor elektrik digunakan apabila menunggang secara agresif.

Ada juga khabar mengatakan prototaip itu dapat melakukan anjakan gear tanpa klac. Justeru, ia akan dilengkapi klac automatik, dan ciri penukaran gear menggunakan butang.

Banyak negara dunia sedang menuju ke arah penggunaan kenderaan elektrik (EV), tetapi motosikal masih boleh menggunakan sistem hibrid. Mungkinkah ini langkah terbaik kepada mereka yang masih mahu mengekalkan enjin kovensional jenis pembakaran dalaman?

BACA >>> GPX Motor Thailand Umum Pelan Hasilkan Motosikal Elektrik Tahun Depan
BACA >>> BMW Concept CE 02 - Idea Motosikal Elektrik Mini untuk Remaja Bandar?

prototaip-kawasaki-hibrid-1
prototaip-kawasaki-hibrid-2
prototaip-kawasaki-hibrid-3
prototaip-kawasaki-hibrid-4
prototaip-kawasaki-hibrid-5
prototaip-kawasaki-hibrid-6
prototaip-kawasaki-hibrid-7

Related

27
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Kawasaki, Prototaip Hibrid Kawasaki, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev