• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Thailand Tambah Tiga Lagi Seragam Baharu Kawasaki Ninja 400 (2021)

Thailand Tambah Tiga Lagi Seragam Baharu Kawasaki Ninja 400 (2021)

July 20, 2020 By Brader Shawn 1 Comment

634
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KAWASAKI Motors Thailand (KMT) meluaskan pilihan warna untuk sportbike Ninja 400 dengan memperkenalkan tiga seragam baharu untuk sportbike itu pada acara Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2020.

Tiga warna baharu itu ialah Green 2021 (hijau), Blue 2021 SE (biru) dan Grey 2021 HG (kelabu) yang menjadikan keseluruhan pilihan warna baharu Ninja 400 di Thailand sebanyak 15 warna!

BACA >>> Kawasaki Thailand Lancar Ninja ZX-25R, Cuma Satu Varian SE ABS, Harga RM36k

Setiap warna Ninja 400 adalah berbeza, tetapi kebanyakan pilihan disediakan tertumpu kepada warna kelabu, hijau dan biru. Cuma ada satu pilihan warna merah, dan tiada skema warna kuning atau jingga. Semakan di laman web KMT menunjukkan Ninja 400 paling mahal ialah 226,800 baht (RM30,520) dan masih lebih murah daripada Ninja ZX-25R, iaitu 269,000 baht (RM36,200).

Perbezaan harga hampir RM6,000 itu semestinya dalam jangkaan, kerana pembeli ZX-25R memiliki esktra 2-silinder berserta pakej lumba. Ninja 400 pula dijana enjin 2-silinder 399cc berkuasa 44.8hp (ZX-25R - 48hp), manakala tramsmisi Ninja 400 ialah klac manual 6-kelajuan.

Rekabentuk Ninja 400 mengambil ilham model Ninja H2. Tarikan utama pada fasia depan adalah lampu utama LED berbentuk tirus yang direka sepadan dengan rekabentuk badan agresif.

Motosikal dengan frem trelis keluli kekuatan tinggi ini memiliki berat 168kg, dan menggunakan sistem brek cakera 310mm di depan dan 220mm di belakang dengan kaliper 2-piston pada kedua-dua roda. Model ini turut dilengkapkan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Suspensi depan jenis teleskopik biasa dengan diameter 41mm , manakala belakang jenis monoshock boleh laras dan tabung gas. Kapasiti tangki minyak mampu mengisi 14 liter petrol.

Di Thailand, barisan model Ninja dijual pada harga serendah 196,000 baht (RM26,370) hingga 226,800 baht (RM30,440).

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Kawasaki Ninja ZX-25R Cuma 42hp?

GALERI
NINJA 400 (2021)
NINJA 400  (edisi 2020 ke bawah)

SUMBER: WarungAsep | KMT

Artikel Berkaitan

634
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: BIMS 2020, Kawasaki, Kawasaki Motors Thailand, kawasaki ninja, Kawasaki Ninja 400 (2020), Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2020, roda2, sportbike

Comments

  1. Jan says

    July 21, 2020 at 12:56 PM

    Salah info tu, ninja 400 ada 49hp di crankshaft, 45hp di tayar belakang.

    lebih tinggi dari zx25r yang cuma ada 42hp di tayar belakang, walaupun hp di crankshaft dgn ram air adalah sebanyak 49hp.

    sebabkan torque ninja 400 yg jauh lebih tinggi, zx25r mmg x dapat bersaing dgn ninja 400.

    boleh semak video dari Motor Station TV di youtube.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
    MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
  • MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
    MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
  • #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!
    #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!
  • Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
    Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my