• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Proton Saga CKD Akhirnya Debut di Pakistan

Proton Saga CKD Akhirnya Debut di Pakistan

October 14, 2021 By Shawkath Leave a Comment

623
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

WAKIL pengedar rasmi Proton di Pakistan, Al-Haj Proton akhirnya merasmikan kilang pemasangan kenderaan (CKD) pertama Proton di Karachi yang turut dihadiri beberapa wakil Proton dari Malaysia.

Pada majlis sama, syarikat itu juga mempamerkan model Saga CKD pertama. Sebelum ini, ramai peminat Proton di Pakistan membangkitkan banyak persoalan mengenai rancangan CKD tersebut dan ini penjelasan diberikan:

BACA >>> Projek CKD Proton Pakistan Ditangguh, Netizen Kecewa Kena Tunggu Lama

PROTON
PROTON 1

BACA >>> Perbandingan: Proton Saga vs Changan Alsvin di Pakistan, Apa yang Berbeza?

Kenapa Lambat Sangat?

Proton pernah menjanjikan hasrat memulakan program CKD model-model jenama itu sejak 2020. Bagaimanapun, rancangan itu terpaksa dilewatkan disebabkan pandemik Covid-19.

Larangan perjalanan dan penutupan sektor ekonomi akibat krisis kesihatan itu berkuat kuasa di Malaysia, Proton berdepan halangan menghantar komponen-komponen CKD dan model CBU ke Pakistan.

Situasi di Malaysia semakin pulih setahun lalu. Bulan lalu, larangan pergerakan mula dilonggarkan dan akhirnya ditarik balik. Sebaik aktiviti perkilangan di Malaysia kembali aktif, Proton mengeluarkan satu kenyataan rasmi bahawa keadaan di Malaysia bertambah baik dan membolehkan syarikat itu meneruskan operasi di Pakistan.

Al-HAJ Automotive dan Proton Malaysia sedang bekerjasama memastikan semua proses kiriman ke Pakistan dibuat secepat mungkin. Tunggu makluman kami selepas ini.”

Akhirnya, berita baik tiba dan Proton merealisasikan janjinya. Produk CKD pertama Saga dihasilkan dan tidak lama lagi, akan tiba model CKD X70.

BACA >>> Harga Kereta Proton Turun di Pakistan, Jimat Sampai RM2.6k!

Adakah Model CKD Setanding CBU?

PROTON SAGA Pakistan 4
PROTON SAGA Pakistan 8

Model Saga versi import (CBU) mula debut di Pakistan pada April tahun ini dalam empat varian, iaitu Standard Manual, Saga AT, Saga Ace dan Saga R3 pada harga bermula 1,975,000 rupee (RM53,690) hingga 2,425,000 rupee (RM65,925).

Perbezaannya, kapasiti enjin Saga Pakistan dikurangkan 33cc (1,299cc) berbanding Saga Malaysia (1,332cc) bagi mendapatkan insentif cukai sebagai sedan segmen-A di negara itu.

Adakah model CKD itu sehebat unit CBU? Adakah kualiti setanding model CBU atau ada pengurangan spesifikasi pada versi CKD? Menurut Al-Haj, jawapan itu hanya akan diketahui apabila model CKD menjengah pasaran kelak.

BACA >>> Proton Saga (2021) Tular di Pakistan, Netizen Asing Puji Kehebatan Kereta Malaysia
BACA >>> Proton Saga (2021) Kini di Pakistan! Siap Versi R3, Cuma Jual 100 Unit Sahaja
BACA >>> Pakistan Lancar Proton X70! Harga Bermula RM123k (CBU), RM118k (CKD)
BACA >>> Al-Haj Dapat Status Greenfield untuk Insentif Pasarkan Kereta Proton di Pakistan
BACA >>> #Spyshot: Proton Saga Pakistan Akan Guna Enjin 1.3L Lebih Kecil

SUMBER: PakWheels

Related

623
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Al-Haj Proton, Proton Berhad, Proton Saga CKD, Proton Saga CKD Pakistan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev