• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #Spyshot: Proton Saga Pakistan Akan Guna Enjin 1.3L Lebih Kecil

#Spyshot: Proton Saga Pakistan Akan Guna Enjin 1.3L Lebih Kecil

December 4, 2020 By AI 1 Comment

203
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PORTAL pemotoran Pakistan, Arspiritpk melaporkan Proton akan memperkenalkan X70 1.5L T-GDI pada bulan ini sebelum disusuli Saga pada Januari tahun depan.

Menjelang kemunculan sedan segmen-A tersebut, beberapa foto intip dikesan sedang menjalani ujian enduran di jalan raya Pakistan mula menular di Internet.

Pakistan dikatakan akan menerima enjin 1,299cc untuk memanfaatkan cukai tempatan dan penetapan harga lebih rendah. Trenkuasa S4PE dikecilkan kepada 1,299 cc daripada enjin asal 1,332cc yang dijual di Malaysia.

Spesifikasi itu disahkan menerusi dokumen dimuat naik laman web jabatan cukai dan eksais Pakistan. Dokumen tersebut turut mendedahkan pasaran negara Asia Selatan itu akan menerima dua pilihan varian,  Standard dan Premium dalam opsyen transmisi manual dan automatik.

Berdasarkan foto intip, versi Premium (BRZ-794) dilengkapi rim aloi, manakala Standard (BRZ-798) dipasangkan rim keluli lebih kecil dengan penutup. Saga Standard juga dipadankan hendal pintu dan perumah cermin sisi hitam, manakala Premium dicat warna badan.

Model Intip Proton Saga Pakistan_4
Model Intip Proton Saga Pakistan_5
Model Intip Proton Saga Pakistan_10

Harga belum diketahui, tetapi difahamkan Saga itu ditawarkan pada harga kompetitif dan lebih rendah berbanding pesaing seperti Toyota Yaris dan Honda City di sana. Adakah Saga pasaran Malaysia juga akan menerima enjin 1,299cc, tahun depan? Khabarnya enjin itu lebih jimat bahan api berbanding enjin sedia ada.

BACA >>> Bocor!!! Lencana Sulam Kerusi Proton Iriz R3 Limited Edition!
BACA >>> CEO Perodua: Kit Badan Myvi S-Edition di Brunei Bukan Perodua Punya!
BACA >>> TERKINI!!! Honda CBR250RR (2020) Sah Lancar di Malaysia Hujung Tahun Ini!

Model Intip Proton Saga Pakistan_3
Model Intip Proton Saga Pakistan_4
Model Intip Proton Saga Pakistan_5
Model Intip Proton Saga Pakistan_7
Model Intip Proton Saga Pakistan_9
Model Intip Proton Saga Pakistan_1
Model Intip Proton Saga Pakistan_2
Model Intip Proton Saga Pakistan_10
Model Intip Proton Saga Pakistan_6
Model Intip Proton Saga Pakistan_8

SUMBER: CarSpiritPK

203
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: auto terkini, foto spyshot, Imej Intip, Proton, Proton Saga, Sedan Segmen-A, Spyshot

Comments

  1. Alson P says

    December 7, 2020 at 12:13 PM

    Saga Malaysia dapat enjin Yang sama tahun hadapan…
    Persona Dan Iriz 2021 payut dapat major facelift guna enjin CFE 1.6L 140ps 205nm Yang digunakan preve Dan suprima s tahun lalu… Supaya persona Dan Iriz kekal relevant sehingga 2022

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
    #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
  • #Spyshot: Dikesan Ditunggang Uji, Kapcai 150cc Filipina Masuk Malaysia?
    #Spyshot: Dikesan Ditunggang Uji, Kapcai 150cc Filipina Masuk Malaysia?
  • #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!
    #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my