DUCATI Malaysia sebentar tadi melancarkan model terbaharu Monster (2021) yang kini ditawarkan pada harga istimewa tempoh terhad RM69,900 seunit.
Pengumuman itu menandakan Malaysia ialah negara kedua selepas Thailand di Asean yang menerima model roadster generasi baharu itu. Berikut perincian Monster (2021):
BACA >>> Ducati Monster (2021) Generasi Baharu Lancar di Thailand, Harga Mula RM55k!
BACA >>> Ducati Monster (2021) Kini Guna Casis Panigale, Enjin Lebih Berkuasa, Harga Mula RM48k
Warna
- Ada tiga pilihan warna iaitu Ducati Red (merah) dan Dark Stealth (hitam) dengan rim hitam. Sekama warna Aviator Grey (kelabu) pula dipasangkan rim Red GP.
Trenkuasa
- Dijana enjin L-Twin Testastretta 11° 937cc dengan teknologi Desmodromic berkuasa 111hp @ 9,250rpm dan tork 93Nm @ 6,500rpm.
- Kapasiti enjin meningkat berbanding model sebelum ini, 821cc yang membolehkan daya tork ditambah baik dalam julat rev enjin rendah-sederhana.
- Menggunakan sistem transmisi baharu dengan teknologi Ducati Quick Shift Up/Down sebagai ciri standard.
Lebih Ringan
- Jurutera Ducati juga mengurangkan berat keseluruhan Monster (2021) berbanding generasi terdahulu dengan merekabentuk semula subfrem, rim, swingarm dan frem.
- Berat frem aluminium depan dikurang 4.5kg berbanding penggunaan frem trellis. Ada talaan semula casis dan enjin baharu kini lebih ringan 2.6kg.
- Berat kering model baharu ini cuma 166kg, lebih ringan hampir 20kg berbanding Monster 821.
Desain Kontemporari
- Rekabentuk lebih segar yang dikemas kini untuk menambah baik pengalaman tunggangan.
- Rekabentuk utama DNA Monster masih kekal seperti bentuk tangki minyak membonjol, lampu utama bulat dan ekor belakang kemas.
Teknologi Termaju Monster
- Menggunakan sistem lampu LED, termasuk lampu siang (DRL) LED. Lampu signal belok diposisikan melintang pada sisi frem, di bawah tangki minyak.
- Pelana penunggang lebih tirus untuk membolehkan kaki diposisikan lebih selesa atas peg kaki.
- Tinggi pelana standard 820mm dan boleh direndahkan menggunakan kit khas kepada 775mm. Ada juga tetapan suspensi lebih rendah.
- Ergonomik tunggangan dipertingkat dengan mengubah posisi peg kaki dan pelana dianjak lebih ke depan supaya lebih dekat kepada bar hendal. Ini membuatkan posisi badan penunggang lebih menegak untuk mendapatkan pengendalian lebih baik berbanding tunggangan membongkok.
- Dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci Belokan (ABS Cornering), Kawalan Traksi (TC), dan Kawalan Wheelie boleh laras mengikut tetapan disediakan.
- Ada ciri Kawalan Luncur (Launch Control) yang menawarkan pecutan awal lebih pantas.
- Ada tiga mod tunggangan: Sport, Urban dan Touring serta hantaran kuasa enjin ke roda belakang lebih lancar dengan bantuan Smart Power Modes.
- Smart Power Modes menawarkan daya tork khas dalam gear 1 dan 2 untuk mod Urban dan Touring atau pada gear 1 dalam mod Sport.
- Tetapan boleh ubah menerusi konsol kawalan pada bar hendal. Ada panel meter TFT 4.3 inci berwarna dengan konektiviti Ducati Multimedia System (DMS) untuk sambungan telefon secara Bluetooth.
- Ada sambungan USB bawah pelana untuk mengecas telefon pintar.
- Ducati Malaysia juga menyediakan Pakej Monster Plus yang menawarkan aksesori kit badan seperto kowl pelana pembonceng.
BACA >>> Ducati Malaysia Tawar Lanjutan Waranti 3 Bulan, Termasuk Diskaun Alat Ganti
BACA >>> Ducati Monster (2021) Kini Guna Casis Panigale, Enjin Lebih Berkuasa, Harga Mula RM48k
BACA >>> Ducati Malaysia Perkenal 3 Model 2018: Monster 821, Multistrada 1260 S dan Panigale V4/V4S
BACA >>> Inilah 5 Sebab Ducati Scrambler Icon Dark Sesuai untuk Anda
Leave a Reply