RATO SVR180 ialah model kapcai yang menunggu masa dilancarkan ke pasaran China dan Malaysia, mungkin dalam tempoh beberapa bulan lagi.
Beberapa hari lalu, Rato Motorcycle mengemas kini maklumat mengenai kuasa dan tork SVR180 yang nampaknya lebih tinggi berbanding diumumkan sebelum ini.
BACA >>> Rato SVR180 (2021) yang Macam Honda Winner, Exciter 155
Data terbaharu mendedahkan model itu menghasilkan kuasa 17hp dan tork 13.8Nm. Sebelum ini, data kuasa didedahkan ialah 15.5hp dan tork 12.8Nm @ 9,000rpm dengan kelajuan maksimum 104kmj.
Kapcai China itu menggunakan enjin silinder tunggal dengan transmisi klac manual 6-kelajuan. Perubahan data itu mungkin menyaksikan kelajuan Rato SVR180 lebih tinggi berbanding sebelum ini.
BACA >>> Aveta Bakal Lancar Supermoped 180cc?
Rato SVR180 ada potensi bersaing dengan Yamaha Y16ZR, Benelli R18i dan Honda Winner X? Ini data perkongsian kuasa dan tork:
- Benelli R18i (2021): 18hp @ 9,500rpm; 15.1Nm @ 7,000rpm
- Yamaha Y16ZR (2021): 17.7hp @ 9,500rpm; 14.4Nm @ 8,000rpm
- Honda RS150R: 15.4hp @ 9,000rpm; 13.6Nm @ 6,500rpm
BACA >>> #Spyshot: Supermoped Modenas Dikesan Lagi, Apa Pula Cerita Kali Ini?
BACA >>> Perbandingan: Benelli R18i (2021) vs Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020)!
BACA >>> Perbandingan: Yamaha YZF-R15 vs Honda CBR150R, Mana Paling Memikat, Berbaloi?
SUMBER: MotoSaigon
Yusshi says
Reka bentuk depan cm beneli 180i
Skali nmpak Cm reka bentuk rs 150 sbbnya sports rimnya Sama...ni motor ciplak org lain punya design....
Epul02 says
Tidak sepatutnye penulis lupa pada 1 model kapcai "laju bedesup"..iaitu SYM VF3i Le dgn 19.7hp dan tork 17.46hp @ 7,500rpm.
Lim Guan Egg says
Buatan china mmg out la dari segi kualiti dan safety dia. Siapa x syg nyawa. Silakan beli