KETIKA Harley-Davidson mengumumkan rancangan menghasilkan model adventure pada 2018, perkara itu menjadi topik perbincangan peminat dan pemerhati hingga hari pelancaran Pan America 1250.
Motosikal advencer itu dilancarkan tahun lalu. Malah, Pan America 1250 pun sudah tiba ke pasaran Malaysia. Model itu dikatakan menarik minat pengeluar motosikal dari China, Lifan Motorcycle untuk memperkenalkan model advencer jenama sendiri.
BACA >>> Spesifikasi Harley-Davidson Pan America 1250 (2021): Harga Mula RM79.7k
BACA >>> Lifan Hunter 125 Jelmaan Ducati Scrambler Icon Kini di Thailand, Harga RM7.2k
Lifan sudah menyiapkan model 'Pan China' dengan mempamerkan motosikal tersebut untuk pasaran tempatan, dipanggil KPT400 pada harga cuma 29,980 yuan (RM19,463).
Berikut perincian KPT400 (2022):
- Dijana trenkuasa 4-lejang 8-injap dwi-silinder sebaris 400cc penyejukan cecair berkuasa 42hp@ 9,500rpm dan tork 35Nm @ 7,500 rpm, manakala kelajuan maksimum 158kmj.
- Angka kuasa dan tork itu lebih rendah dibandingkan KTM Duke 390 (44hp, 37Nm).
- Menggunakan sistem lampu LED penuh untuk lampu depan dan lampu belakang, ada lampu siang (DRL).
- Ada visor angin boleh laras, sistem penghidup tanpa kunci (keyless) dan panel meter TFT berwarna dengan konektiviti Bluetooth untuk menghubungkan telefon pintar.
BACA >>> Lifan LF150-T - Skuter Advencer dari China yang Dikatakan Meniru Honda ADV 150
- Penunggang boleh mengawal mainan muzik, panggilan masuk dan sistem navigasi menggunakan butang kawalan hendal.
- Frem jenis trellis. Tangki minyak direka bersegi, pelana panjang dan ada kotak simpan barang. Grip hendal pula disediakan fungsi pemanas.
- Motosikal seberat 211kg itu dipasangkan fork terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang. Kedua-dua suspensi boleh dilaraskan mengikut kesesuaian tunggangan.
- Sistem brek jenis cakera kembar di depan dan cakera tunggal belakang. Juga dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Saiz rim 16 inci.
BACA >>> Tentang Sejarah dan Fungsi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) untuk Motosikal
BACA >>> Rato SVR180 (2021) yang Macam Honda Winner, Exciter 155
SUMBER: Motopinas | LifanMotor | Inf
Leave a Reply