• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KMSB Tidak Lagi Edar Motosikal Kawasaki, Kuat Kuasa 1 Oktober 2021

KMSB Tidak Lagi Edar Motosikal Kawasaki, Kuat Kuasa 1 Oktober 2021

September 30, 2021 By Shawkath Leave a Comment

3.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KMSB Motors Sdn Bhd (KMSB) secara rasmi akan menamatkan aktiviti pengedaran motosikal Kawasaki, berkuat kuasa 1 Oktober 2021 (esok).

KMSB sebelum ini dikenali sebagai Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd. Pengumuman terbaharu itu diumumkan pihak Lembaga Pengarah dan Pengurusan KMSB, sebentar tadi.

Lembaga Pengarah dan Pengurusan KMSB mengakui keputusan sukar itu terpaksa dilakukan selepas mengambil kira beberapa perkembangan penting dalam polisi pelaburan Kawasaki Heavy Industries Ltd Japan (KHI) di Malaysia.

Langkah itu juga ada kaitan keputusan KHI menambah pemilikan ekuiti dalam Modenas pada 26 April 2019, dan strategi pengedaran produk KHI untuk pasaran Malaysia.

BACA >>> Kawasaki Hentikan Jualan di Malaysia, Tunggu JV Rasmi dengan Modenas?
BACA >>> Kawasaki Kuasai 30 Peratus Saham Modenas, Streetbike dan Sportbike Baharu Muncul?

Kami di KMSB mahu ambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyertai perjalanan bersama kami sebagai rakan sepanjang 33 tahun bisnes Kawasaki di Malaysia.

“KMSB amat bertuah dan menghargai semua sokongan dan bantuan yang kamu beri kepada kami. Sokongan tidak berbelah bahagi dan sumbangan tidak ternilai membolehkan KMSB mencapai puncak kejayaan perniagaan motosikal Kawasaki di Malaysia dan Brunei.

“Kami berterima kasih juga kepada Kawasaki Heavy Industries Ltd Japan (KHI) kerana memberi peluang kepada KMSB untuk mewakili suatu jenama berprestij dan menjadikan KMSB sebahagian keluarga Kawasaki.”

BACA >>> CEO Modenas: Model Kawasaki-Modenas untuk Bawah 700cc Sahaja, Bajaj Kekal
BACA >>> Kawasaki Motor Corporation Beli Saham Majoriti Modenas? Apa Sudah Jadi?


KMSB kini mengorak langkah meneroka perniagaan baharu bagi membolehkan syarikat itu berkembang sebagai konglomerat.

“Kami gembira dengan perjalanan baharu ini dan menanti penyertaan anda serta sokongan berterusan.”

Bagi pemilik Kawasaki, anda kini perlu tunggu pengumuman terbaharu daripada pihak KHI mengenai sebarang tuntutan waranti, khidmat selepas jualan dan alat ganti.

BACA >>> Sumber: Modenas Takkan Bawa Masuk Kawasaki Ninja ZX-25R?
BACA >>> Ini Betul-Betul Bukan Cobaan, Modenas Ninja 250 ABS Bakal Lancar di Malaysia!
BACA >>> CEO Modenas: Supermoped Masih Ada, Cuma Tak Lancar Tahun Depan
BACA >>> 25 Tahun Modenas, Ini Tiga Model Terbaik dan Di Manakah Ahmad?

Related

3.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: DRB-Hicom Kawasaki, Kawasaki, Kawasaki Heavy Industries Ltd Japan (KHI), Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd, Kemelut Motosikal, KHI Kawasaki Modenas, Modenas

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
    #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my