SEBUAH lori jenis Hino yang hilang kawalan lalu terbabas di Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) semalam dipercayai berpunca akibat pemandu mengantuk.
Polis dalam satu kenyataan menyatakan pemandu lori, seorang lelaki berumur 33 tahun dipercayai tertidur lalu menyebabkan dia gagal mengawal kenderaan dan terbabas.
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?
BACA >>> Pemandu Lori Mengaku Tidak Bersalah Memandu Di Bawah Pengaruh Dadah
BACA >>> Polis: Pemandu Lori Rempuh Lima Kenderaan Disahkan Positif Dadah
Insiden berlaku di KM10.9 Lebuhraya NKVE menghala arah Subang sekitar jam 8.30 pagi. Ujian saringan air kencing mendapati pemandu lori berkenaan positif dadah jenis metamfetamin.
Selang beberapa minit lori itu terbabas, sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki lain dari arah sama gagal mengelak dan terlanggar lori tersebut.
Pihak Narkotik akan membawa suspek ke mahkamah hari ini untuk permohonan reman atas kesalahan di bawah Seksyen 15(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Bagi kesalahan trafik, kes akan disiasat mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu kenderaan semasa di bawah pengaruh dadah.
Semalam tular satu video memaparkan sebuah lori dari arah kanan memasuki lori kiri, tiba-tiba terhuyung-hayang dan terbabas. Video itu dirakan pengguna jalan raya lain ketika melalui laluan sama.
BACA >>> #Tular: Empat Samseng Civic Serang Myvi Kena Cekup, Sah Positif Dadah
BACA >>> #Tular - Yamaha XMAX 'Kena Angkut' Dengan Honda GL Pro
SUMBER: Polis IPD Shah Alam
Leave a Reply