• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemandu Lori Mengaku Tidak Bersalah Memandu Di Bawah Pengaruh Dadah

Pemandu Lori Mengaku Tidak Bersalah Memandu Di Bawah Pengaruh Dadah

September 10, 2021 By Shawkath Leave a Comment

834
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PEMANDU lori yang didakwa merempuh sebanyak lima kenderaan di Jalan Ipoh pada Isnin lalu membuat pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Tertuduh, Ardi Latif, 25, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amanina Mohamad Anuar.

BACA >>> Polis: Pemandu Lori Rempuh Lima Kenderaan Disahkan Positif Dadah
BACA >>> Masalah Brek: Lori Rempuh 7 Kenderaan Di Sungai Buloh

Pemandu Lori Positif Dadah Rempuh Kenderaan - 6
Pemandu Lori Positif Dadah Rempuh Kenderaan - 7
Pemandu Lori Positif Dadah Rempuh Kenderaan - 8
Pemandu Lori Positif Dadah Rempuh Kenderaan - 4

Mengikut pertuduhan, Ardi didakwa sebagai pemandu lori telah memandu di bawah pengaruh dadah jenis methamphetamine dan amphetamine yang mana tertuduh tidak berdaya mengawal kenderaan tersebut.

Ia menyebabkan kecederaan kepada pemandu kereta milik Nik Adlee Saha Nik Ahmad Fauzi, 45, di Jalan Segambut Utara ke Jalan Ipoh di sini pada jam 2.40 petang, 6 September lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (pindaan 2020). Jika didapati bersalah, tertuduh boleh dihukum mengikut seksyen sama iaitu:

  • Penjara tidak kurang tujuh tahun dan tidak lebih 10 tahun.
  • Denda tidak kurang RM30,000 dan tidak lebih RM50,000.
  • Serta hilang kelayakan memandu untuk tempoh tidak kurang tujuh tahun dari tarikh disabitkan kesalahan.

Kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nursyuhada Abd Rauf.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan iaitu lesen memandu tertuduh ditahan sehingga pelupusan kes.

Isnin lalu, media tempatan melaporkan lima kenderaan terlibat dalam kemalangan akibat dirempuh sebuah lori hilang kawalan di lampu isyarat di Jalan Ipoh Sentul.

BACA >>> Lamborghini Superleggera Hilang Kawalan, Rempuh Beberapa Kenderaan di Jalan Tun Razak
BACA >>> Bukan Lamborghini Sewa, Tapi Kereta Pelanggan?

SUMBER: Sinar Harian 

Artikel Berkaitan

834
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kemalangan Lori Jalan Ipoh, pemandu lori, Pemandu Lori Rempuh Kereta, Pengaruh Dadah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my