HAMPIR 40 unit kereta musnah terbakar di sebuah lot lelongan kenderaan di Indianapolis, Amerika Syarikat (AS) pada tengah malam 15 September lalu, dipercayai akibat disambar kilat.
Anggita bomba mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengawal kebakaran di kawasan lot milik Insurance Auto Auctions di 3202 South Harding Street. Bomba tiba di lokasi kejadian jam 1.46 pagi dan mengawal api kira-kira jam 3.26 pagi (waktu tempatan).
BACA >>>> Ini Kisah Sebenar Van Putih Pandu Laju Macam Kilat Lepas Palang Tol RFID
BACA >>> Fakta atau Auta: Botol Air Mineral Dalam Kabin Penyebab Kereta Terbakar?
Bagaimanapun, siasatan lanjut berhubung kebakaran itu masih disiasat. Saluran berita tempatan, FOX 59 melaporkan kebakaran tersebut mungkin disebabkan kilat. Setakat ini, tiada kecederaan atau kematian dilaporkan dalam insiden itu.
Insurance Auto Auctions ialah syarikat milik kerajaan dan mempunyai cawangan di seluruh AS. Firma itu adalah pakar dalam bidang jualan kenderaan rosak dan kebakaran dipercayai melibatkan pelbagai model serta jenama kenderaan.
Foto dikongsi Jabatan Bomba Indianapolis memaparkan sebuah Chrysler 200, minivan generasi keempat Chrysler, model generasi akhir Kia Soul, Jeep Renegade dan Mercedes-Benz E-Class rosak terbakar.
Sekumpulan anggota bomba memanjat tangga dan membuat semburan air dari atas untuk memadamkan kebakaran. Pada masa sama, beberapa trak angkat susun (forklift) mengangkat kereta terbakar dan membantu memindahkan kenderaan lain untuk menyelamatkan daripada terbakar.
BACA >>> Jambatan Kereta Api Pertama Hubungkan China, Rusia Siap Dibina, Panjang 7km
BACA >>> Enjin Terbakar Tiba-Tiba, 380,000 Kereta Kia Kena Panggil Balik
BACA >>> #TahukahAnda: Warna Manakah Sesuai untuk Lampu Kabus Depan, Putih atau Kuning?
SUMBER: Autoblog
Leave a Reply