• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda Malaysia Lancar Kempen I’m Vaccinated, Ada 2 Promosi Pembelian Khas!

Honda Malaysia Lancar Kempen I’m Vaccinated, Ada 2 Promosi Pembelian Khas!

September 17, 2021 By Shawkath Leave a Comment

49
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

HONDA Malaysia mengumumkan kempen I’m Vaccinated iaitu satu langkah proaktif untuk meningkatkan keyakinan serta jaminan keselamatan untuk pelanggan dan rakan pengedar yang berurusan di rangkaian pengedar jenama itu di seluruh negara.

Setakat ini, sebanyak 80 peratus kakitangan yang sudah menerima dos lengkap vaksinasi dibenarkan kembali bekerja di pusat-pusat pengedar. Honda Malaysia menjangkakan proses vaksinasi penuh membabitkan rangakian pengedarnya mampu direalisasikan pada bulan Oktober ini.

BACA >>> Honda Malaysia Bakal Lancar Lebih Banyak Model Canggih, Tawar Insentif Pembiayaan

BACA >>> Honda City RS Ada Honda SENSING? Apa Anda Perlu Tahu Tentang Teknologi ini?

Honda Malaysia dan rangkaian pengedarnya juga komited memastikan semua kakitangan di seluruh negara mendapat dos suntikan vaksin dalam tempoh yang ditetapkan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Madoka Chujo berkata:

“Kami tidak memandang ringan soal operasi prosedur standard (SOP) dan akan terus patuh semua langkah pencegahan dan berjaga-jaga yang diamalkan sejak bermulanya pandemik Covid-19 di Malaysia.

“Kempen I’m Vaccinated bermula pada bulan ini di semua pengedar kami di seluruh negara. Kakitangan pengedar yang lengkap dos vaksin dan melepasi tempoh 14 hari daripada suntikan kedua akan dibekalkan lencana dan pelitup muka ‘I Am Fully Vaccinated’  untuk mudah dikenali pelanggan dan pengunjung.

“Kami percaya inisiatif ini boleh membantu meningkatkan keyakinan pelanggan semasa interaksi dengan rakan pengedar Honda dengan membuktikan kami sedia bertemu dan melayan pelanggan dalam suatu persekitaran selamat.”

Beliau juga berharap usaha itu dapat mendorong lebih ramai individu tampil mengambil vaksin dan patuh SOP setiap masa kerana ia melindungi diri semua pihak termasuk diri penerima vaksin serta membantu negara mencapai imuniti kelompok secepat mungkin.

Honda Malaysia juga menyatakan semua premis pengedar akan menjalankan aktiviti nyah infeksi secara rutin dan lebih kerap.

BACA >>> #PanduUji: Lumba Drag Honda Jazz vs Toyota Yaris, Siapa Lagi Power? Ini Jawapan Kami!

LAGI KEMPEN PEMBELIAN

  • Honda Malaysia sedang menawarkan Program Kakitangan Kerajaan secara eksklusif kepada petugas awam dan ahli keluarga untuk pembelian model Jazz atau BR-V. Bermula 1 September hingga 31 Oktober 2021, pelanggan diberi diskaun khas sehingga RM1,000 atas promosi sedia ada.
  • Sempena sambutan Hari Malaysia, Honda Malaysia memperkenalkan promosi Manfaat Istimewa September yang memberi ganjaran sehingga RM6,000! Tawaran bermula 1 hingga 30 September ini. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Maklumat lanjut berhubung kempen terbaharu atau promosi semasa boleh didapati melalui

  • Premis pengedar
  • Talian bebas tol Honda Malaysia di 1-800-88-2020
  • Laman web www.honda.com.my
  • Aplikasi HondaTouch.

BACA >>> #TahukahAnda: 9 Ciri Menarik Honda e yang Anda Perlu Tahu
BACA >>> Kenapa Taliban Suka Sangat Trak Pikap Toyota?
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Tayar Berbunyi Selepas Silangkan Tayar?
BACA >>> Sistem Stereng Roda Belakang: Sofistikated dan Rumit, Tetapi Kenapa Banyak Pengeluar Mahu Guna?

Related

49
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Honda Malaysia, Honda Manfaat Istimewa September, Honda Program Kakitangan Kerajaan, I’m Vaccinated

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev