BERMAZ Motor memperkenalkan model Mazda CX-9 versi dipertingkat edisi 2021 yang kini hadir bersama pakej Ignite Edition. Kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan tiga barisan tempat duduk itu adalah model import (CBU) dari Jepun.
Ada enam warna ditawarkan untuk Mazda CX-9 Ignite Edition (2021) iaitu Soul Red Crystal (merah), Machine Gray (kelabu), Snowflake White Pearl (putih), Sonic Silver (perak), Deep Crystal Blue (biru) dan Jet Black (hitam). Berikut ialah perinciannya:
BACA >>> Mazda Australia Lancar CX-3 Edisi Khas Sempena Aniversari ke-100, 70 Unit Sahaja
- Pakej Ignite Edition memadankan rona hitam kilat pada perumah cermin sisi, gril depan rekabentuk baharu dan rim aloi 20 inci sebagai ciri standard.
- Ruang kabin pula kelihatan premium dengan kerusi material kulit berwarna Burgundy dan trim hitam pada papan pemuka, pemegang dan panel pintu.
- Aspek premium lain yang ditawar sebagai ciri standard termasuk sistem infotainmen dengan fungsi Wireless Apple CarPlay serta sambungan Android Auto. Ada dua ciri tambahan baharu iaitu Wireless Charger (pengecasan tanpa wayar) dan Paddle Shifter.
BACA >>> #SembangDeras: Mana Lebih Seronok, Pandu Gear Manual atau Automatik?
Harga dan Jaminan
- Mazda CX-9 2.5L Turbo 2WD : RM319,847.40
- Mazda CX-9 2.5L Turbo AWD : RM336,215.40
- Harga jualan itu termasuk Pengurangan Cukai Jualan (SST) sebanyak 50 peratus (model CBU), atas jalan dan tidak termasuk insurans. Pelepasan cukai SST itu adalah sehingga 31 Disember 2021.
- Jaminan pengeluar diberi ialah lima tahun dan penyelenggaraan percuma lima tahun tertakluk kepada standard pengeluar termasuk upah buruh, alat ganti dan bendalir.
- Kedua-dua jaminan pengilang dan penyelenggaraan percuma ada tempoh liputan selama lima tahun dan had perbatuan 100,000km (mana-mana tiba dulu).
BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Bezakan Kulit Sebenar dan Kulit Sintetik (Leatherette)?
Trenkuasa dan Sistem Pacuan
- Menggunakan enjin petrol Skyactiv-G 2.5 Turbo, 4-silinder sebaris 16-injap DOHC 2,488cc, menghasilkan kuasa 228hp @ 5,000rpm dan tork 420Nm @ 2,000rpm.
- Sistem transmisi Skyactiv Drive 6-Kelajuan automatik dengan Mod Syif Manual. Kelajuan maksimum ialah 210kmj.
- Ada dua pilihan sistem pacuan iaitu pacuan dua roda (2WD) dan pacuan semua roda i-Activ (AWD).
Suit Keselamatan i-Activsense
Ciri keselamatan yang didatangkan bagi model Mazda CX-9 (2021) ialah:
- Lampu Depan Adaptif LED
- Pemantauan Titik Buta dengan Amaran Trafik Lintasan Belakang
- Amaran Tukar Lorong dengan Bantuan Kekal Lorong
- Amaran Perhatian Pemandu
- Sokongan Brek Bandar Pintar
- Sokongan Brek Pintar dan Kawalan Radar Jelajah Mazda
Ciri Standard Lain
- Roda stereng dan tombol gear balutan kulit
- Penyaman udara automatik tiga zon
- Kerusi kuasa pemandu dengan 10 tetapan dan fungsi memori
- Aksen lampu dalaman LED
- Sambungan telefon bebas tangan Bluetooth dan padanan audio
- Sistem kemasukan tanpa kunci dan butang mula henti
- Lampu LED dengan penyelarasan automatik
- Lampu siang LED dan lampu belakang LED
- Pengilap cermin dengan sensor hujan
BACA >>> Nak Pilih SUV atau 4WD? Apa yang Beza?
BACA >>> #TahukahAnda: Seberapa Pantas Suhu Luar Panaskan Kabin Kereta?
BACA >>> Kajian: 7 Sebab Kenapa Pasangan, Keluarga Kerap Bertengkar dalam Kereta
Leave a Reply